• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Dari Kuching Hilang Selepas Ke KL, Dikhuatiri Terjerat Sindiket Kerja

Oleh
Ismail NA
4 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Sumber foto: The Borneo Post

Passport ditahan majikan, hanya hubungi keluarga dua kali selepas tiba di KL

Gadis Dari Kuching Hilang Selepas Ke KL, Dikhuatiri Terjerat Sindiket Kerja. Di tengah kerisauan dan doa, keluarga Janet Ng Wee Joo, seorang gadis berusia 23 tahun dari Kuching, kini merayu agar dia pulang dengan selamat.

Perjalanan yang pada awalnya dilihat sebagai peluang kerja di Kuala Lumpur kini berubah menjadi misteri yang menyesakkan dada.

Gadis Dari Kuching Hilang Selepas Ke KL, Dikhuatiri Terjerat Sindiket Kerja
Gadis Dari Kuching Hilang Selepas Ke KL, Dikhuatiri Terjerat Sindiket Kerja. Ahli keluarga Janet (kiri dan kanan) bersama Ketua Biro Pengaduan Awam SUPP, Milton Foo Tiang Wee. Kredit foto: Mohd Alif Noni via Suara Sarawak

Bermula dengan sebuah video

Menurut laporan media tempatan, semuanya bermula pada 30 Disember lalu, apabila Janet memaklumkan kepada adiknya, Alan, bahawa dia akan ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sebuah pasar raya. Tidak lama selepas tiba, Janet menghantar video melalui Instagram, menunjukkan apartmen yang dihuni bersama tiga wanita lain.

Alan, yang pada awalnya menerima video itu tanpa syak wasangka, mula merasa curiga. Hatinya tidak tenang, dan dia terus menghubungi Janet untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Rahsia terbongkar

Setelah didesak oleh adiknya, Janet akhirnya mengakui niatnya – dia sebaliknya merancang untuk ke Kemboja. Lebih membimbangkan, dia memaklumkan bahawa pasportnya kini berada di tangan majikannya.

“Janet pernah diberi amaran tentang bahaya sindiket penipuan pekerjaan, tapi dia tetap mahu pergi,” kata Milton Foo, Ketua Biro Aduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), yang kini giat membantu keluarga Janet.

Panggilan misteri dari nombor Iran

Pada 3 Januari, keluarga Janet menerima panggilan berdurasi dua minit daripada nombor berdaftar di Iran. Dalam panggilan tersebut, Janet sempat memberitahu keluarganya agar tidak risau, namun suaranya seperti terkawal – seolah-olah dia sedang diawasi.

Dia berjanji akan menghubungi mereka setiap minggu dan menyatakan hasrat untuk menghantar wang. Namun, Alan dan keluarganya yakin ada sesuatu yang tidak kena. Lokasi Janet kini masih menjadi tanda tanya, malah nombor telefon Iran itu dipercayai mungkin dipalsukan.

Gadis Dari Kuching Hilang Selepas Ke KL, Dikhuatiri Terjerat Sindiket Kerja
Sumber foto: The Borneo Post

Keluarga kini berusaha mencari Janet

Laporan polis telah dibuat oleh Alan pada jam 9.30 malam, hari yang sama sebaik sahaja Janet mengaku tentang rancangannya ke Kemboja. Kini, keluarganya dinasihatkan untuk mengemukakan laporan tambahan berkenaan panggilan daripada nombor Iran tersebut.

Menurut Foo, laporan tersebut penting untuk memudahkan pihak berkuasa, termasuk Kementerian Luar Negeri, bekerjasama dengan pihak imigresen dan kedutaan asing bagi menjejak keberadaan Janet.

Rayuan untuk bantuan

Dalam keadaan serba tidak menentu ini, keluarga Janet amat berharap agar ada pihak yang dapat memberikan maklumat tentang keberadaan Janet. Segala usaha telah dilakukan, namun setakat ini masih belum ada perkembangan positif. Bagi mereka yang mempunyai maklumat, anda digesa untuk menghubungi Biro Aduan Awam SUPP atau melaporkan kepada balai polis terdekat.

Dilaporkan, pada tahun 2024, Sarawak mencatatkan jumlah paling ramai rakyat yang terjerat sindiket penipuan pekerjaan

Rakyat Sarawak Paling Ramai Terjerat Sindiket Penipuan Tawaran Kerja
Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa

SUMBER :The Borneo PostSuara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elak Beratur Di UTC, Tetapan Sarawak ID Boleh Dibuat Di Kiosk Service Sarawak
Next Article Kereta Kecut Perut, Kerbau Tenang Lintas Jalan Di Sabah Buat Netizen Terhibur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?