• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching

Oleh
Ismail NA
31 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Malang tidak berbau.

Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching. Kadang kala, walaupun anda sudah cukup berhati-hati di jalan raya, kemalangan tetap boleh berlaku ke atas diri kita disebabkan oleh kecuaian pengguna yang lain di jalan raya.

Isi Isi Penting
  • Malang tidak berbau.
  • Terus ‘pancung’ dari laluan paling dalam
  • “Gantung lesen dan tarik kereta terus,” – Netizen
  • Semalam juga terdapat kenderaan cuai yang hampir-hampir sebabkan kemalangan di simpang Gedong :

Menerusi rakaman dashcam netizen yang tular di sebuah group Facebook, sebuah kereta sedan berjenama Honda secara tiba-tiba membelok ke arah kanan dari laluan paling kiri lalu menyebabkan kemalangan terhadap dua penunggang motorsikal. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Green Road, Kuching sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Terus ‘pancung’ dari laluan paling dalam

Kereta yang disyaki ingin masuk ke simpang sebelah kanan itu kemudiannya merempuh dua buah motorsikal sekaligus yang bergerak sehala. Motorsikal pertama yang dirempuh oleh kereta tersebut adalah motorsikal penghantar makanan Grab manakala motorsikal kedua yang turut menerima nasib malang dirempuh hanya dalam masa beberapa saat selepas itu. Lebih parah, penunggang motorsikal kedua yang dilanggar tersebut sempat melayang dan berlipat di udara.

Khabarnya ini video baru. Ada rimo dalam video. ( Tahun Harimau)Pandu berhati hati. Consider orang pakai motosikal.Kalau Hummer langgar anda tak apa.Lokasi – jalan Green. Video credit – Rylan Ng

Posted by Sarawak Roads Update on Sunday, January 30, 2022

Situasi tersebut menyebabkan kesesakan serta merta di jalan tersebut.

Pemilik dashcam yang dikenali sebagai Rylan Ng di Facebook turut menjelaskan bahawa tarikh dalam rakaman tersebut tidak ditukar ke tarikh sebenar menyebabkan kekeliruan dalam kalangan netizen. Walau bagaimanapun, kekeliruan tersebut telah dimaklumkan menerusi ruangan komen kumpulan tersebut. Pujian juga harus diberikan kepada pemilik dashcam tersebut yang bertindak pantas berhenti di bahu jalan dan membantu mangsa yang terlibat.

Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching
Sumber : FB Sarawak Roads Update

Meninjau ke ruangan komen, penunggang Grab dikhabarkan berada dalam keadaan selamat. Walau bagaimanapun, nasib penunggang kedua yang melayang itu belum dapat dipastikan.

“Gantung lesen dan tarik kereta terus,” – Netizen

Video kemalangan ini ternyata mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen terhadap pemandu kereta Honda tersebut yang jelas sekali cuai dan tidak bertanggungjawab.

Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching
Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching. Sumber : FB Sarawak Roads Update
Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching
Sumber : FB Sarawak Roads Update
Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching
Sumber : FB Sarawak Roads Update
Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching
Sumber : FB Sarawak Roads Update

Diharap pengguna jalan raya yang lain dapat mengambil iktibar melalui kemalangan ini. Sentiasalah berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya. Jangan disebabkan kecuaian kita, orang lain yang menanggung akibatnya. Lebih-lebih lagi di musim perayaan ini.

Dashcam Untuk Kenderaan

Rakam perjalanan anda untuk keselamatan dan juga bukti jika berlaku apa apa kejadian tidak diingini di atas jalan raya.
Lihat pilihan Dashcam

Semalam juga terdapat kenderaan cuai yang hampir-hampir sebabkan kemalangan di simpang Gedong :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Pekak Ke Apa Kau Ni?", Netizen Bengang Dengan Lelaki Ini Bersikap Kurang Ajar Terhadap Pekerja McDonald's Di Kuching “Pekak Ke Apa Kau Ni?”, Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching
Next Article Jue Andika Akhirnya Mohon Maaf Pada Pekerja McD, Janji Tidak Ulang Kesilapan Lagi Jue Andika Akhirnya Mohon Maaf Pada Pekerja McD, Janji Tidak Ulang Kesilapan Lagi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?