• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“Pekak Ke Apa Kau Ni?”, Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
31 Januari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
"Pekak Ke Apa Kau Ni?", Netizen Bengang Dengan Lelaki Ini Bersikap Kurang Ajar Terhadap Pekerja McDonald's Di Kuching

“Tolong hormat dan layan pekerja FnB dengan lebih baik” – Netizen

“Pekak Ke Apa Kau Ni?”, Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching. Baru-baru ini telah tular satu video TikTok berdurasi 2 minit 20 saat di mana pemilik video tersebut sengaja merakam videonya yang berkelakuan kurang ajar terhadap salah seorang pekerja McDonald’s di Kuching.

Isi Isi Penting
  • “Tolong hormat dan layan pekerja FnB dengan lebih baik” – Netizen
  • Gara-gara muat naik video di laman Tiktok, lelaki itu telah menerima kecaman dari netizen.
  • “Biar kita tak good looking, jangan tak ada adab.” – Netizen.
  • Lagi di sini:

Video tersebut telah menarik perhatian netizen dan merasa bengang terhadap sikap lelaki ini melalui ciapan yang dibuat oleh seorang pemilik akaun Twitter berkenaan dengan video tersebut.

Berikut adalah pautan video yang telah dimuat naik di laman Twitter oleh pemilik akaun @elorakdshn telah meluahkan rasa kesal terhadap lelaki tersebut:

Sumpah aku panas hati tengok si pondan hauk ni maki maki cashier mcd. His defense was cashier tu tanya balik nak berapa pcs???? Dengan staff marhaen kau berani lah tunjuk power eh, ke sebab tengah record??? pic.twitter.com/y7zODeN6Da

— Gojo Sexy Satoru’s Wife (@elorakdshn) January 28, 2022

Gara-gara muat naik video di laman Tiktok, lelaki itu telah menerima kecaman dari netizen.

Sumpah aku panas hati tengok si pondan hauk ni maki maki cashier mcd. His defense was cashier tu tanya balik nak berapa pcs???? Dengan staff marhaen kau berani lah tunjuk power eh, ke sebab tengah record???
Twitter @elorakdshn
Tweet

Difahamkan melalui video yang tular itu, lelaki tersebut ingin membuat pesanan melalui pandu lalu di salah sebuah cawangan McDonald’s di Kuching. Akibat sedikit salah faham, lelaki tersebut bertindak dengan meninggikan suara serta mengeluarkan kata-kata kasar terhadap pekerja yang mengambil pesanan.

Set saya cakap, pekak ke apa kau ni? Tampar jap gi.
jawab lelaki tersebut terhadap pekerja McDonald’s dengan nada tinggi dan kasar.

Selain itu, dilihat juga bahawa lelaki berkenaan turut melemparkan wang untuk membayar melalui tingkap keretanya dan menengking pekerja tersebut dengan menggesa pekerja tersebut untuk mengembalikan baki dan resit dalam nada yang biadap.

"Pekak Ke Apa Kau Ni?" - Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching
“Pekak Ke Apa Kau Ni?”, Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching. Sumber: Twitter @elorakdshn

Setelah tular video lelaki itu di laman sosial, dia juga sempat memuat naik satu posting yang berbaur provokasi terhadap netizen. Namun, ianya sempat dipadam oleh lelaki tersebut.

"Pekak Ke Apa Kau Ni?", Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching
Sumber : Twitter @elorakdshn

“Biar kita tak good looking, jangan tak ada adab.” – Netizen.

Dilaporkan juga bahawa terdapat video sambungan berkenaan dengan video yang tular tersebut, lelaki itu turut menjelaskan bahawa sebab dia merakam dan memuat naik di TikTok adalah supaya pihak McDonald’s menambah baik perkhidmatan mereka.

Namun, jelas sekali ianya bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian dengan menengking pekerja tersebut. Menerusi rakaman video tersebut juga, pekerja tersebut tidak membalas tengkingan beliau dengan nada yang sama, tetapi sebaliknya hanya menjawab dengan suara yang mendatar. Kalau ada yang tak betul, boleh tegur elok-elok. Hanya sekadar peringatan untuk kita semua 🙂

"Pekak Ke Apa Kau Ni?", Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching
Sumber : Twitter @elorakdshn

"Pekak Ke Apa Kau Ni?", Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching
Sumber: Twitter @elorakdshn

"Pekak Ke Apa Kau Ni?", Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching
Sumber: Twitter @elorakdshn

"Pekak Ke Apa Kau Ni?", Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching
Sumber: Twitter @elorakdshn

"Pekak Ke Apa Kau Ni?", Netizen Bengang Dengan Lelaki Kurang Ajar Terhadap Staf McD Di Kuching
Sumber: Twitter @elorakdshn

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik! Setelah Beberapa Tahun Dibiar Kosong, Bazar MARA Sarikei Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi Berita Baik! Setelah Beberapa Tahun Dibiar Kosong, Bazar MARA Sarikei Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi
Next Article Kereta Rempuh 2 Motorsikal Sehingga Penunggang Melayang, Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?