• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Kerja Dengan Tenang Dan Percuma Di Hub Inovasi Digital TEGAS Sehingga Disember Ini

Oleh
Ismail NA
25 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini

Bosan bekerja dari rumah? Mungkin boleh cuba bekerja di sini pula.

Kerja Dengan Tenang Dan Percuma Di Hub Inovasi Digital TEGAS Sehingga Disember Ini. Sejak arahan bekerja dari rumah atau work from home kembali diimplementasikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pasti ramai yang sudah merasa sesak dan gelisah, kan? Mungkin ada yang kurang fokus dengan suasana yang pelbagai di rumah masing dan sebagainya.

Oleh itu, Hub Inovasi Digital TEGAS telah melanjutkan sewaan dan pas co-working percumanya di seluruh cawangan hub iaitu di Kuching, Bintulu dan Miri.

Kerja Dengan Tenang Dan Percuma Di Hub Inovasi Digital TEGAS Sehingga Disember Ini
Kerja Dengan Tenang Dan Percuma Di Hub Inovasi Digital TEGAS Sehingga Disember Ini

Percuma untuk alumni program, ahli co-working, usahawan dan pelajar

Kemudahan ini dibuka secara percuma untuk alumni program Hub Inovasi Digital TEGAS, ahli berdaftar co-working, usahawan tempatan dan pelajar yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menurut Menurut Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), YB Datu Haji Len Talif Salleh yang juga merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, tawaran ini adalah seiring dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak berkenaan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 (BKSS).

Kerja Dengan Tenang Dan Percuma Di Hub Inovasi Digital TEGAS Sehingga Disember Ini

Pihaknya juga akan menyediakan sokongan kepada syarikat pemula (startup) tempatan, dan usahawan sosial secara berkala dengan mengadakan seminar percuma, bengkel pembinaan kapasiti secara dalam talian dan program pecutan secara maya seperti TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021 yang kini dibuka untuk permohonan baharu.

Bukan itu sahaja, usahawan tempatan turut diberi peluang untuk mencuba dan merasai pejabat maya (virtual office) Hub Inovasi Digital TEGAS untuk urusan pendaftaran perniagaan pada kadar sewaan yang terendah.

Hub Inovasi Tegas TEGAS (TDIH) juga berperanan sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula peringkat awal dan perusahaan sosial di Sarawak.

TDIH menawarkan akses kepada ruang co-working yang mampu milik, pendidikan keusahawanan serta program pecutan dan akses kepada jaringan rakan kongsi ekosistem TEGAS.

Untuk maklumat lanjut serta sebarang pertanyaan tentang tawaran pas co-working ini, anda boleh menghubungi pihak DIH di talian berikut atau emelkan ke [email protected].

TDIH Kuching : 082-552 003

TDIH Bintulu : 086-344 731

TDIH Miri : 085-321 511

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa
Next Article Rakyat Sarawak Yang Tiada IC Boleh Dapat Vaksin COVID-19, Ketua Kampung Boleh Buat Pengesahan Rakyat Sarawak Yang Tiada IC Boleh Dapat Vaksin COVID-19, Ketua Kampung Boleh Buat Pengesahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?