I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa

Oleh Nur Afifah 28 Jun 2021
Kongsi
14 Min Bacaan

Ada apa dengan New Zealand?

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa. Bercakap tentang negara impian untuk seseorang melanjutkan pengajian mahupun lokasi untuk mereka berhijrah, ramai yang memilih untuk ke New Zealand.

Umum mengetahui bahawa New Zealand adalah sebuah kepulauan yang memiliki seribu satu keindahan dan kelebihan yang sering kali dicemburui oleh ramai penduduk lain di dunia. Baik dari sudut gaya hidup, sikap penduduknya, kecekapan sistem pemerintahan, keindahan alam semula jadi sehinggalah kepada sistem pendidikan.

Namun demikian, perkongsian daripada seorang anak Sarawak ini kepada pihak I Love Borneo begitu menarik perhatian penulis. Beliau memberitahu bahawa New Zealand adalah destinasi terbaik untuk pelajar melanjutkan pelajaran terutamanya di peringkat pengajian tinggi.

Malaysia pun ada tempat belajar yang seronok dan selesa, tetapi mengapa beliau memilih New Zealand? Hebat sangat ke New Zealand?

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa
Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa. Keluarga Robin ketika melawat Gunung Maunganui, Tauranga. Foto ihsan : Robin Phang

Anak Sarawak ini beri sebab mengapa

Robin Phang, merupakan salah seorang anak Sarawak asal dari Kuching yang telah merasai pengalaman melanjutkan pengajian ke New Zealand. Beliau mempunyai latar belakang sebagai seorang ahli perniagaan yang terbabit dalam sektor pembinaan harta benda, startup berasaskan teknologi dan solusi kesihatan. Robin tiba di New Zealand bersama isteri dan 3 orang anaknya pada tahun 2019 untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di Institut Teknologi Toi Ohomai, Tauranga, North Island NZ.

Sempat menamatkan pengajiannya selama 16 bulan (2 bulan lebih awal daripada durasi asal) akibat pandemik COVID-19, Robin merasakan ini adalah peluang terbaiknya menceritakan pengalamannya melanjutkan pengajian ke negara Kiwi ini.

1. Suasana pendidikan yang inovatif dan sedia masa depan

Menurut Robin, apa yang membuatkan beliau sangat kagum semasa menyambung belajar di New Zealand adalah tentang suasana pembelajarannya. Perpustakaannya mempunyai sumber akademik tanpa had. Anda bukan sahaja boleh mendapatkan buku dan majalah, tetapi anda juga boleh menggunakan fasiliti yang serba canggih seperti komputer yang dilengkapi dengan skrin bersaiz besar. Paling best, kemudahan ini boleh digunakan oleh pelajar di kampus secara percuma sahaja!

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa
Sumber : Twitter Toi Ohomai Library
Sumber : Twitter Toi Ohomai Library

Semestinya suasana pembelajaran yang kondusif ini selari dengan pembangunan fasiliti pendidikan New Zealand yang sememangnya bertaraf dunia dan paling maju. Bahkan, kesemua lapan universiti di New Zealand berada dalam kelompok 3% universiti teratas di dunia!

Siap ada fasilitator pembelajaran

Ini yang paling menarik. Kalau bab belajar, kadang-kadang mesti rasa susah nak beradaptasi, atau pun hilang semangat disebabkan jadual belajar yang tidak sistematik, betul tak? Namun, Robin menjelaskan bahawa halangan tersebut dapat diatasi dengan baik kerana institut pengajian tinggi di New Zealand mempunyai fasilitator pembelajaran dan suasana pembelajaran yang inovatif.

Untuk makluman anda, fasilitator pembelajaran di sini kebiasaannya bekerja sebagai pustakawan dan kebanyakannya mempunyai kelayakan ijazah sarjana atau masters degree. Tugas mereka adalah untuk membantu pelajar untuk mengatur pelan belajar mereka. Selain itu, pustakawan atau fasilitator pembelajaran ini juga menawarkan khidmat pruf (menyemak kesalahan ejaan atau tatabahasa) atau proofreadings, belajar memperbaiki Bahasa Inggeris dan sebagainya.

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa
Foto ketika sesi kelas terakhir yang dihadiri oleh Robin di New Zealand. Foto ihsan : Robin Phang

Kata Robin, ini adalah kelebihan yang paling digemarinya semasa belajar di New Zealand kerana beliau mendapat begitu banyak manfaat daripada pertolongan fasilitator pembelajaran ini. Nikmat betul kan?

Memandangkan pendidikan New Zealand mengikut model pembelajaran inkuiri (inquiry model of learning), tidak hairanlah jika alumni keluaran universiti ini memiliki pengetahuan, kepakaran dan kemampuan untuk beradaptasi dalam kehidupan sebenar kerana mereka sentiasa didorong untuk mengajukan pertanyaan, menganalisis informasi serta dibimbing untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan berbanding hanya mengingati fakta dan teori semata-mata.

2. Pembelajaran yang berkualiti tinggi dan berkelas dunia

Robin juga berasa bertuah dapat melanjutkan pengajian ke New Zealand kerana kualiti akademik dan pembelajaran di sini adalah tinggi dan berkelas dunia. Kandungan program jurusan yang diambilnya di institut pengajian tinggi adalah berteraskan pendekatan proses.

Sebagai contoh, sistem pendidikan New Zealand sendiri mengguna pakai pendekatan berdasarkan pembelajaran berdasarkan projek (project-based learning). Tugasan akan dilakukan secara berkelompok, tetapi bukan seperti tugasan biasa universiti.

Sebaliknya, mereka akan melakukan pemerhatian di luar bilik kuliah dan mengunjungi lokasi seperti balai seni, muzium, sehinggalah ke dalam hutan dan laut. Kaedah pembelajaran sebegini membolehkan Robin melihat sejauh mana impak pembelajaran teori kepada suasana dunia sebenar terutamanya dalam dunia pekerjaan.

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa
Gambar Robin bersama rakan sekelas dari China, India dan Filipina. Foto ihsan : Robin Phang

3. Peluang kenal komuniti New Zealand yang pelbagai

Dekat Malaysia pun banyak kepelbagaian tetapi apa bezanya dengan kepelbagaian di New Zealand? Sepanjang 16 bulan menuntut ilmu di negara ini, Robin berpeluang untuk mengenali budaya tempatan New Zealand yang pelbagai. Bagi anda yang kurang arif tentang New Zealand, penduduk majoriti di negara ini adalah berbangsa Kiwi dan Maori. Namun demikian, New Zealand secara keseluruhannya mempunyai sebanyak 200 etnik dan 160 bahasa.

Masyarakat utamanya iaitu masyarakat Maori, kalau sekali pandang, warna kulit dan rupa masyarakat ini tidak ubah seperti orang Melayu! Bezanya cuma dari susuk tubuh mereka yang lebih besar, tegap dan sasa. Kebanyakan masa mereka akan bertutur dalam tiga bahasa rasmi mereka iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Maori iaitu bahasa ibunda mereka serta New Zealand Sign Language. Mereka juga dikatakan sebagai orang yang peramah, sangat mesra dan akan berasa seronok jika orang asing berpeluang untuk menegur mereka.

Wah!

Komuniti New Zealand yang pelbagai. Kredit : New Zealand Now
Memori peribadi yang menyeronokkan di kota-kota New Zealand

Bukan itu sahaja, anak Sarawak tersebut yang kini menetap di negara Kiwi itu mengakui jatuh cinta dengan negara tersebut terutama sekali apabila beliau dan keluarga dapat menikmati trip jalan-jalan yang menyeronokkan. Perjalanannya ke New Zealand pada tahun 2016 telah membuatkan beliau dan keluarganya tidak dapat melupakan kenangan manis sepanjang berada di negara tersebut. Apatah lagi mengenangkan trip perjalanan dari Pulau Selatan (South Island) ke Pulau Utara (North Island).

Kota-kota di negara ini memiliki keluasan yang kecil dan mudah untuk dilawati kerana jaraknya yang tidak begitu jauh antara satu sama lain.

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa
Isteri Robin Phang, Yee Sia bergambar di hadapan rumah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern di Morrinsville, iaitu ketika dalam perjalanan dari Tauranga ke Auckland. Foto ihsan : Robin Phang

Gaya hidup dan konsep masyarakat di sini kebanyakannya masih mengekalkan konsep lama ataupun ala-ala stail kampung. Kaedah yang mereka gunakan dalam kerja-kerja seperti kerja rumah dan aktiviti tanaman adalah sangat pragmatik kerana kebanyakannya diolah menggunakan bahan terpakai dan dibuat secara kendiri atau DIY. Masyarakat di New Zealand juga banyak menghabiskan masa di rumah dan suasana di sini adalah sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga dan ingin membesarkan anak-anak mereka.

Tidak hairanlah jika New Zealand dinobatkan sebagai negara ke-8 paling bahagia di dunia berdasarkan laporan The World Happiness 2019.

4. Graduan yang kompeten untuk bekerja

Robin mengakui bahawa apa yang dipelajarinya semasa berada di universiti adalah seiring dengan situasi sebenar perniagaan di New Zealand yang berorientasikan proses. Jurusan program di institut pengajian tinggi beliau menerapkan senario dunia kerja sehingga Robin merasa tidak kekok dengan cara kerja dan pasaran di New Zealand. Pengetahuan yang dipelajarinya di New Zealand juga membolehkannya untuk membuat penstrukturan dan menyelaraskan perniagaannya dengan lebih baik lagi.

Tambahan pula, belajar semasa musim pandemik ini menyebabkan segala urusan pembelajaran terpaksa dibuat secara dalam talian. Namun, kualiti pembelajaran tetap berada di tahap yang terbaik sehingga Robin mampu menamatkan pengajiannya yang pada asal berlangsung selama 18 bulan, kepada hanya 16 bulan sahaja. Ahli perniagaan ini baru sahaja menamatkan pengajian pada Februari 2021 yang lalu dan kini beliau berhijrah ke Auckland bersama keluarganya untuk peluang perniagaan yang lebih besar. Tahniah!

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa
Robin semasa majlis graduasi di Trustpower Arena, Tauranga pada bulan Mei 2021. Foto ihsan : Robin Phang

5. Kebajikan pelajar yang sentiasa terjaga

Memandangkan Robin meneruskan pengajian semasa pandemik COVID-19 melanda, beliau mengakui bahawa pengajiannya di New Zealand tidak tergugat kerana negara tersebut menjamin kesejahteraan pelajarnya menerusi peraturan khas yang diperuntukkan untuk pelajar antarabangsa di New Zealand.

Berteraskan prinsip ‘Manaakitanga’ yang bermaksud ‘to care for people’, Negara Kiwi tersebut mengamalkan satu peraturan yang dinamakan sebagai The Education (Pastoral Care of International Students) Code of Practice. Peraturan ini memperuntukkan institusi pendidikan dan penyedia perkhidmatan pendidikan tinggi di New Zealand untuk melakukan aktiviti pemasaran dengan betul dan jujur bagi melindungi pelajar antarabangsa.

Bahkan, mana-mana institusi atau pihak penyedia pendidikan tinggi yang gagal mematuhi kod praktis ini akan dikenakan tindakan oleh New Zealand Qualifications Authority (NZQA).

Tahukah anda bahawa negara ini juga merupakan negara yang pertama di dunia yang mewujudkan kod praktis ini untuk menjaga kesejahteraan pelajar antarabangsa?

Sejak pandemik mula melanda dunia pada tahun 2020, New Zealand juga tidak mengabaikan kebajikan pelajar antarabangsa. Menerusi Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan New Zealand 2020, kerajaan New Zealand telah mewujudkan International Student Hardship Fund Learners yang bernilai 1 juta dollar untuk membantu pelajar antarabangsa memenuhi keperluan penting seperti kos sara hidup buat sementara waktu.

Jadi, hebat sangat ke New Zealand?

Bercakap mengenai New Zealand sebagai destinasi pilihan pelajar Malaysia, perkara ini sebenarnya telah disahkan sendiri oleh Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Pam Dunn semasa sesi New Zealand Partners Workshop Week 2021 bersama panel yang terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi dan Duta yang diadakan secara dalam talian minggu lalu.

Menurut Pam, purata seramai 2,000 orang pelajar dari Malaysia telah melanjutkan pengajian ke New Zealand setiap tahun sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa
Pam Dunn, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia ketika bercakap di forum NZPWW 2021 minggu lalu.

Kerajaan New Zealand juga kini membuat pelaburan sebanyak 51.6 juta dollar untuk penstrukturan semula sektor dalam jangka masa 3 tahun yang akan datang. Teras utama penstrukturan ini termasuklah untuk memastikan operator pendidikan antarabangsa terus bertahan, memperkasakan sistem pendidikan antarabangsa, serta mengubah wajah sektor pendidikan antarabangsa dengan pendekatan yang lebih menyeluruh berbanding hanya berfokuskan kepada mobiliti pelajar.

Hubungan bilateral antara New Zealand dan Malaysia tentunya dapat diperkukuhkan dengan adanya pendidikan antarabangsa dan mobiliti pelajar dari Malaysia ke New Zealand dan sebaliknya.

Kalau tak hebat, masakan Robin boleh jatuh cinta kan?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengalaman dan bagaimana untuk melanjutkan institut pengajian tinggi di New Zealand, lawati laman sesawang https://www.studyinnewzealand.govt.nz/how-to-apply/

Tonton forum New Zealand Partners Workshop Week (NZPWW) 2021

Pada 14 hingga 18 Jun yang lalu, Education New Zealand, sebuah agensi kerajaan New Zealand yang berperanan membangunkan pendidikan antarabangsa telah menganjurkan acara maya B2B merentas Asia buat julung kalinya iaitu New Zealand Partners Workshop Week (NZPWW) 2021.

Hebat Sangat Ke New Zealand? Setelah Belajar Selama 16 Bulan, Anak Sarawak Ini Jelaskan Mengapa

Forum ini mengetengahkan keunikan kualiti yang dimiliki oleh sektor pendidikan di New Zealand seperti fokus masa depan, menyediakan kemas kini terbaharu mengenai tren terkini, serta menyoroti keutamaan terkini dan inisiatif yang boleh diperolehi oleh rakan kongsi daripada Education New Zealand bagi memperkukuhkan hubungan pendidikan New Zealand dengan negara Asia.

Sepanjang minggu tersebut, pegawai rasmi kerajaan, golongan profesional pendidikan tinggi, ejen pendidikan, kaunselor dan rakan kongsi akademik telah bersidang bersama untuk menjalinkan hubungan, berkolaborasi dan berkongsi idea.

Ketahui inisiatif terkini dan tonton forum New Zealand Partners Workshop Week (NZPWW) 2021 dengan menekan butang berikut :

BAWA SAYA KE NEW ZEALAND PARTNERS WORKSHOP WEEK (NZPWW) 2021

Jangan lupa juga baca fakta menarik yang lain seperti berikut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama
Next Article Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini Kerja Dengan Tenang Dan Percuma Di Hub Inovasi Digital TEGAS Sehingga Disember Ini

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?