• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerja Hanya 4 Hari Seminggu, Pengasas Syarikat Asal Sarawak Ini Kongsi Hasil Mengejutkan Selepas Cuba 6 Bulan

Oleh
Ismail NA
9 Februari 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Agak-agak apa hasilnya?

Kerja Hanya 4 Hari Seminggu, Pengasas Syarikat Asal Sarawak Ini Kongsi Hasil Mengejutkan Selepas Cuba 6 Bulan. Kalau anda diberi peluang, adakah anda mahu bekerja di syarikat yang hanya bekerja selama 4 hari sahaja dalam seminggu? Kedengaran menarik kan?

Isi Isi Penting
  • Agak-agak apa hasilnya?
  • Daripada tengok filem lepas rehat tengah hari Jumaat, dia tukar jadi hari cuti hujung minggu terus!
  • Beri lebih masa dan ruang untuk buat penyelidikan serta selesaikan masalah
  • Gaji tak berkurang, malah sebaliknya makin naik!
  • Anak juruteknik syarikat minyak dan gas yang cintakan komputer dan pengaturcaraan
  • Ini pula lain ceritanya. Turun kerja pukul 5 pagi pun tetap lambat sampai ke pejabat :

Tahukah anda, di Malaysia sudah ada syarikat yang berjaya melakukannya. Sebuah syarikat berasaskan penyelesaian kecerdasan buatan (AI), realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) yang berpangkalan di Cyberjaya iaitu Twistcode telah mengamalkan budaya ini sejak bulan Julai 2021.

Nurazam Malim, pengasas Twistcode yang juga merupakan seorang anak jati Miri Sarawak, telah berkongsi hasil yang agak mengejutkan daripada amalan ini di akaun LinkedIn nya.

Daripada tengok filem lepas rehat tengah hari Jumaat, dia tukar jadi hari cuti hujung minggu terus!

Menurut beliau, selepas mencuba kerja 4 hari seminggu ini selama 6 bulan, produktiviti stafnya turut meningkat sehingga ke tahap yang tertinggi. Jika sebelum ini, hari Jumaat merupakan hari yang paling banyak masa dihabiskan untuk aktiviti yang tidak berkaitan dengan kerja. Contohnya seperti bermain badminton, menonton filem dan sebagainya yang sering dilakukan selepas waktu rehat tengah hari.

Oleh itu, hari Jumaat didedikasikan sebagai hari tidak bekerja manakala waktu kerja 4 hari seminggu digunakan sepenuhnya pada hari Isnin hingga Khamis.

Kerja Hanya 4 Hari Seminggu, Pengasas Syarikat Asal Sarawak Ini Kongsi Hasil Mengejutkan Selepas Cuba 6 Bulan
Sumber foto : FB Twistcode

Tambah Nurazam, waktu hujung minggu yang bertambah daripada dua hari kepada tiga hari (Jumaat hingga Ahad) membolehkan pekerjanya lebih bersedia untuk bekerja pada minggu yang berikutnya. Sebagai pengasas syarikat, beliau juga tidak akan mengganggu waktu rehat hujung minggu dan menggalakkan agar pekerjanya tidak membalas sebarang pesanan berkaitan kerja yang dihantarnya pada hujung minggu.

Namun, ia terkecuali apabila terdapat perkara segera atau kecemasan yang perlu diselesaikan segera. Contohnya seperti jika pejabat kebakaran, meletup, staf kahwin baru, menteri minta tolong dan sebagainya, jelas Nurazam berseloroh. Secara tidak langsung, budaya ini mengajar stafnya untuk mengenalpasti perkara yang memerlukan kesegeraan (urgency).

Kerja Hanya 4 Hari Seminggu, Pengasas Syarikat Asal Sarawak Ini Kongsi Hasil Mengejutkan Selepas Cuba 6 Bulan
Kerja Hanya 4 Hari Seminggu, Pengasas Syarikat Asal Sarawak Ini Kongsi Hasil Mengejutkan Selepas Cuba 6 Bulan. Sumber : LinkedIn

Beri lebih masa dan ruang untuk buat penyelidikan serta selesaikan masalah

Selain itu, budaya 4 hari bekerja ini juga memberi ketenangan dalaman buat pengasas syarikat Twistcode ini. Nurazam mendapati bahawa hari Jumaat yang tidak lagi dijadikan hari bekerja rasmi memberi ruang untuk beliau menyelesaikan masalah-masalah yang sering timbul, sekurang-kurangnya secara lebih efisien. Lebih-lebih lagi dalam syarikat berkaitan kecerdasan buatan, beliau perlu berhadapan dengan operasi mesin dan super komputer, blockchain, pengaturcaraan kuantum dan mencari cara untuk mengurangkan kos operasi super komputer.

Kerja Hanya 4 Hari Seminggu, Pengasas Syarikat Asal Sarawak Ini Kongsi Hasil Mengejutkan Selepas Cuba 6 Bulan
Sumber foto : FB Twistcode

Dan bayangkan, kesemua ini dilakukan oleh stafnya yang kurang daripada 20 orang sahaja!

Gaji tak berkurang, malah sebaliknya makin naik!

Walau bagaimanapun, budaya bekerja 4 hari ini tidak mengurangkan gaji pekerjanya. Malah, Nurazam sebagai pengasas memberitahu bahawa beliau telah menaikkan gaji mereka dari semasa ke semasa. Sasaran beliau juga cukup mudah, iaitu untuk kekal mempunyai staf dengan jumlah kurang daripada 20 orang tetapi memiliki gaji yang setanding seperti bekerja di luar negara. Wah!

Di penghujung hantarannya, Nurazam berpendapat bahawa polisi ini akan menjadi sesuatu yang kekal di syarikat miliknya. Namun, beliau mengingatkan bahawa polisi ini tidak sesuai untuk diamalkan oleh semua jenis syarikat. Walau bagaimanapun, beliau percaya bahawa kebanyakan rakyat Malaysia boleh beradaptasi dan mengimplementasi sekiranya berlakunya kesulitan.

Anak juruteknik syarikat minyak dan gas yang cintakan komputer dan pengaturcaraan

Nurazam Malim sememangnya meminati komputer dan telah mempelajari pengaturcaraan asas sejak berusia 7 tahun memandangkan bapanya merupakan juruteknik kanan di syarikat minyak dan gas di Miri. Beliau menggunakan komputer rumah Commodore 64 yang diperolehi oleh bapanya hasil daripada ganjaran perkhidmatannya. Beliau juga merupakan graduan kejuruteraan elektrik dan elektronik di Universiti Chiba Jepun dan pernah bekerja di beberapa syarikat multinasional di negara matahari terbit tersebut sebelum kembali semula ke Malaysia dan mengasaskan syarikat Twistcode pada tahun 2006.

Kerja Hanya 4 Hari Seminggu, Pengasas Syarikat Asal Sarawak Ini Kongsi Hasil Mengejutkan Selepas Cuba 6 Bulan
Nurazam Malim, pengasas syarikat solusi AI, Twistcode. Sumber foto : Entrepreneursight

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Apa pendapat anda? Adakah anda menyokong jika majikan anda menukar waktu bekerja daripada 5 hari seminggu kepada 4 hari sahaja seminggu? Jangan lupa like, komen dan share!

Ini pula lain ceritanya. Turun kerja pukul 5 pagi pun tetap lambat sampai ke pejabat :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buka Bulan Mac! Borneo Cultures Museum Akhirnya Beri Petunjuk Pembukaan Rasmi Dalam Bentuk Definisi Kamus
Next Article Nikmati Pemandangan Sunrise Di Maragang Hill Kundasang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?