• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buka Bulan Mac! Borneo Cultures Museum Akhirnya Beri Petunjuk Pembukaan Rasmi Dalam Bentuk Definisi Kamus

Oleh
Ismail NA
9 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Halus je dia bagi hint.

Buka Bulan Mac! Borneo Cultures Museum Akhirnya Beri Petunjuk Pembukaan Rasmi Dalam Bentuk Definisi Kamus. Sejak akhir-akhir ini, muzium baru yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuching sering mengeluarkan foto acahan yang memberi petunjuk bahawa muzium terbesar di Malaysia dan Borneo itu akan membuka tirainya dalam masa yang sangat-sangat dekat.

Isi Isi Penting
  • Halus je dia bagi hint.
  • Petunjuk dalam bentuk definisi kamus perkataan ‘March’
  • Lihat foto acahan yang dikeluarkan oleh Borneo Cultures Museum :
  • Pergi Sarawak bulan Mac, beli tiket sekarang. Murah, RM 18 jer! :

Setelah beberapa siri foto acahan dikeluarkan beberapa minggu ini, laman Facebook rasmi Borneo Cultures Museum hari ini akhirnya mengeluarkan petunjuk baru tentang waktu pembukaan rasmi muzium tersebut. Melalui foto acahan terbaru itu, ia kini sah bahawa Borneo Cultures Museum akan dibuka pada bulan Mac 2022!

Petunjuk dalam bentuk definisi kamus perkataan ‘March’

Cara Borneo Cultures Museum memberitahu orang ramai tentang bulan pembukaannya juga sangat menarik dan unik. Laman Facebooknya pada pagi ini telah menukar gambar cover dengan definisi kamus perkataan ‘March’.

Seperti yang anda semua sedia maklum, March adalah perkataan bahasa Inggeris untuk bulan ketiga dalam tahun Masihi iaitu bulan Mac (Bahasa Melayu).

Jika anda menyelak kamus, pasti akan ada definisi diikuti oleh konteks penggunaannya dalam ayat. Untuk definisi perkataan ‘March’ ini, Borneo Cultures Museum menggunakan ayat berbunyi “the museum will open in March,” (Muzium akan dibuka pada bulan Mac). Yeay!

Buka Bulan Mac! Borneo Cultures Museum Akhirnya Beri Petunjuk Pembukaan Rasmi Dalam Bentuk Definisi Kamus
Sumber foto : FB Borneo Cultures Museum
Buka Bulan Mac! Borneo Cultures Museum Akhirnya Beri Petunjuk Pembukaan Rasmi Dalam Bentuk Definisi Kamus
Sumber foto : FB Borneo Cultures Museum
Buka Bulan Mac! Borneo Cultures Museum Akhirnya Beri Petunjuk Pembukaan Rasmi Dalam Bentuk Definisi Kamus
Sumber foto : FB Borneo Cultures Museum

Setakat ini, hanya bulan pembukaan rasmi sahaja yang diberitahu kepada umum melalui petunjuk baru ini. Tarikh sebenar pembukaan pada bulan Mac belum dihebahkan kepada umum. Ini bermakna anda harus sentiasa mengikuti rapat petunjuk baharu yang diterbitkan oleh Facebook Borneo Cultures Museum ini jika anda ingin menjadi orang terawal mengetahui tarikh rasmi pembukaannya pada bulan Mac kelak.

Haihhh. Main perasaan betul lah admin Borneo Cultures Museum ni. Tak apa guys, sama-sama kita tunggu.

Lihat foto acahan yang dikeluarkan oleh Borneo Cultures Museum :

Pergi Sarawak bulan Mac, beli tiket sekarang. Murah, RM 18 jer! :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peniaga Di Mukah Yang Menetapkan Syarat Pembelian Telur Akan Dikenakan Denda
Next Article Kerja Hanya 4 Hari Seminggu, Pengasas Syarikat Asal Sarawak Ini Kongsi Hasil Mengejutkan Selepas Cuba 6 Bulan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?