• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Di ICU Menurun, Labuan Dan Sarawak Contoh Terbaik Vaksinasi Di Malaysia

Oleh
ILB - AI
31 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Kes Di ICU Menurun, Labuan Dan Sarawak Contoh Terbaik Vaksinasi Di Malaysia
WP Labuan dan Sarawak catat kadar vaksinasi tertinggi di Malaysia setakat ini

Kes Di ICU Menurun, Labuan Dan Sarawak Contoh Terbaik Vaksinasi Di Malaysia. Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak semalam dipuji oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul kerana statistik terkini menunjukkan program vaksinasi di kedua dua lokasi tersebut memberi impak yang positif terhadap kapasiti kesihatan awam di Malaysia.

Turut berkongsi gambar statistik yang berkenaan, Tengku Zafrul menyatakan bahawa bilangan penggunaan katil ICU di Labuan dan Sarawak menurun selaras dengan peningkatan jumlah vaksinasi. Ujar beliau lagi, ini adalah antara contoh terbaik kepentingan vaksinasi untuk rakyat Malaysia dan sokongan terhadap kapasiti kesihatan awam yang berterusan oleh Kerajaan.

Kes Di ICU Menurun, Labuan Dan Sarawak Contoh Terbaik Vaksinasi Di Malaysia
Kes Di ICU Menurun, Labuan Dan Sarawak Contoh Terbaik Vaksinasi Di Malaysia

Menurut beliau lagi, data juga menunjukkan bahawa sebilangan besar individu yang dijangkiti COVID-19 selepas vaksinasi lengkap tidak menunjukkan gejala serius atau hanya bergejala ringan (Kategori 1 & 2). Di bawah PPN, antara indikator yang membenarkan peralihan sesebuah negeri dari Fasa 2 ke Fasa 3 adalah dengan mencapai kadar vaksinasi lengkap 40% populasi dewasa dan kadar penggunaan katil ICU yang sederhana.

Sementara itu menurut Ketua Menteri Sarawak, 62.5% penduduk di Sarawak kini telah lengkap 2 dos vaksin. Selain itu, 83.5% penduduk juga telah mendapat dos yang pertama dan Sarawak kini berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai 80% kadar vaksinasi menjelang penghujung bulan Ogos 2020.

Ketua Menteri Sarawak turut menyatakan perkara yang sama seperti Tengku Zafrul dengan menyatakan kebanyakan kes di Sarawak ketika ini tidak mencatatkan gejala yang serius dengan kebanyakan nya hanya bergejala ringan iaitu pada kategori 1 dan 2. Beliau turut memaklumkan bahawa kebanyakan populasi penduduk di bandar kini telah di vaksin dan usaha untuk memvaksin rakyat di pedalaman kini sedang giat diadakan.

Baca juga artikel lain :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw
Next Article Tewaskan Indonesia, Regu Malaysia Raih Pingat Pertama Untuk Malaysia Tewaskan Indonesia, Regu Malaysia Raih Pingat Pertama Untuk Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?