• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Harian COVID-19 Dijangka Akan Meningkat, Hasil Saringan Besar-Besaran Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
3 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pada hari ini pula, Sarawak telah mencatat 2,464 kes positif.

Kes Harian COVID-19 Dijangka Akan Meningkat, Hasil Saringan Besar-Besaran Di Sarawak. Dilaporkan bahawa, kes positif COVID-19 di Sarawak dijangka akan meningkat dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang kesan daripada peningkatan ujian saringan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Pada hari ini pula, Sarawak telah mencatat 2,464 kes positif.
  • Situasi tersebut sudah berlaku semalam
  • Membekalkan kit ujian RTK antigen
  • Memulakan program vaksinasi bagi pendudukdi bawah umur 18 tahun
Kes Harian COVID-19 Dijangka Akan Meningkat, Hasil Saringan Besar-Besaran Di Sarawak
Kes Harian COVID-19 Dijangka Akan Meningkat, Hasil Saringan Besar-Besaran Di Sarawak. Gambar sekadar hiasan

Situasi tersebut sudah berlaku semalam

Menurut Penasihat JPBN Sarawak, Seri Dr Sim Kui Hian melalui kenyataan yang di muat naik di akaun Facebook rasmi beliau mendedahkan bahawa situasi tersebut sudah berlaku semalam setelah kes positif Covid-19 harian di Sarawak mencatat jumlah yang tertinggi iaitu 2,992 kes.

“Kita menjangkakan peningkatan kes baharu dalam minggu depan ekoran pembukaan beberapa pusat saringan COVID-19.

“Tidak seperti di negeri yang lain mereka hanya melakukan ujian saringan terhadap individu yang bersimptom dan pastinya kes mereka akan menurun dengan ketara,”jelas beliau.

Kes Harian COVID-19 Dijangka Akan Meningkat, Hasil Saringan Besar-Besaran Di Sarawak

Membekalkan kit ujian RTK antigen

Dr Sim berkata bahawa kerajaan negeri juga telah membekalkan kit ujian RTK antigen yang boleh memberikan keputusan yang segera.

“Pusat Sehenti COVID-19 (COSC) di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah menggunakan kit ujian RTK antigen yang dibeli melalui kerajaan negeri menerusi permintaan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) bernilai RM2 juta.

“Sebahagian daripada 2,774 individu atau 50 peratus daripada mereka yang datang menjalani ujian saringan di COSC hari ini (2 September) telah menggunakan kit berkenaan,” ujar beliau.

Kes Harian COVID-19 Dijangka Akan Meningkat, Hasil Saringan Besar-Besaran Di Sarawak

Memulakan program vaksinasi bagi pendudukdi bawah umur 18 tahun

Selain itu, beliau yang juga merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berharap agar Sarawak dapat memulakan program vaksinasi bagi penduduknya di bawah umur 18 tahun secepat yang mungkin.

“Sarawak kini dihuni oleh lebih kurang 29 peratus penduduk di bawah 18 tahun, kita mahu memulakan vaksinasi bagi mereka yang berumur 16 dan 17 tahun dahulu dan 12 hingga 15 secepat yang mungkin.

“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga telah meluluskan vaksin Phizer untuk kedua-dua kumpulan umur ini dan mungkin juga untuk akan datang NPRA akan membenarkan mereka yang berusia tiga hingga 11 tahun divaksin,” tambah beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ni Adalah Senarai Klinik Dan Harga Ujian Saringan COVID-19 Yang Berdaftar Di Kuching Dan Samarahan Ini Adalah Senarai Klinik Dan Harga Ujian Saringan COVID-19 Yang Berdaftar Di Kuching Dan Samarahan
Next Article Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?