• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music

Oleh
Nazihah AN
3 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music

Tahniah kepada mereka!

Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music. Pelajar dari SK Pendidikan Khas Tuaran, Sabah ini telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan USA World Music International Competition yang telah dianjurkan oleh International Youth Music Competition (IYMC) di Atlanta, Amerika Syarikat pada Julai 2021.

Isi Isi Penting
  • Tahniah kepada mereka!
  • Kecil-kecil cili api!
  • The Trio berjaya mengalahkan 49 kumpulan lain. Syabas!
  • Pada masa yang terluang mereka juga akan berlatih
  • Memang ramai anak borneo yang berbakat! Anda juga boleh baca artikel di bawah ini:

Pelajar dari Tuaran yang sangat berbakat dalam gabungan permainan alat muzik tradisional ini terdiri daripada tiga orang pelajar golongan OKU penglihatan dan membentuk satu kumpulan cilik iaitu The Trio.

Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music
Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music

Kecil-kecil cili api!

Digelar sebagai kumpulan The Trio, Kimberly Lo Jing Wei, 12 tahun (pemain alat muzik gong, kiri), John Paulus, 12 tahun (pemain alat muzik drum buluh, kanan) dan Putra Ahmad Naim bin Mohd Masri, 13 tahun (pemain alat muzik Kulintangan, tengah).

Ketiga-tiga pelajar ini telah dibimbing dengan baik oleh Cikgu Stefanus Lucas yang merupakan seorang Guru Pendidikan Muzik di sekolah SK Pendidikan Khas Tuaran, Sabah.

“Salah seorang daripada mereka buta, manakala dua yang lain mengalami masalah penglihatan. Mereka belajar untuk bermain alat muzik melalui pendengaran. Saya menunjukkan kepada mereka cara bermain alat muzik dan mereka akan berlatih di rumah mereka masing-masing.” kata Cikgu Stefanus.

The Trio berjaya mengalahkan 49 kumpulan lain. Syabas!

Untuk pengetahuan anda, The Trio merupakan satu-satunya peserta daripada Malaysia untuk sertai pertandingan ini. Semangat si cilik ini telah berjaya mengalahkan 49 kumpulan lain daripada 21 buah negara dengan meraih anugerah First Prize antara semua peserta dengan markah yang terkumpul sebanyak 96%. Sungguh hebat!

Dan apa yang paling mengejutkan dalam pertandingan ini juga, The Trio merupakan satu-satunya kumpulan muzikal yang terdiri daripada golongan OKU.

Mereka memasuki pertandingan tersebut dengan mempersembahkan alunan lagu rakyat Malaysia iaitu lagu Lenggang Kangkung menggunakan gabungan alat muzik tradisional Sabah. Berikut ialah pautan video persembahan mereka:

Pada masa yang terluang mereka juga akan berlatih

Kesempatan semasa hari persekolahan secara bersemuka sepanjang bulan Januari sehingga bulan April 2021 telah memberi peluang kepada The Trio untuk berlatih muzikal secara bersemuka juga melakukan aktiviti rakaman lagu di sekolah mereka.

“Mereka bukan sahaja datang pada hari sekolah, bahkan juga datang pada hujung minggu untuk berlatih” kata Cikgu Stefanus.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini mereka juga memenangi perak dalam pertandingan XI World Championship of Folklore 2021, sebuah pertandingan bertempat di Bulgaria.

Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music
Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music. Sumber: The Borneo Post

Kejayaan mereka telah memberi semangat dan juga telah membuktikan bahawa golongan orang kelainan upaya ini juga boleh berjaya dalam berkarya pelbagai bidang termasuklah dalam bidang muzikal pada usia mereka yang muda ini.

Semoga kejayaan mereka bakal memberi inspirasi dan membuka mata kepada semua pihak untuk melihat bakat orang kelainan upaya ini juga sama hebatnya seperti orang normal. Tahniah kepada The Trio dan syabas kepada Cikgu Stefanus kerana telah membimbing mereka sehingga mendapat tempat pertama dalam pertandingan!

Memang ramai anak borneo yang berbakat! Anda juga boleh baca artikel di bawah ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Harian COVID-19 Dijangka Akan Meningkat, Hasil Saringan Besar-Besaran Di Sarawak
Next Article Individu Berumur 18 Tahun Ke Bawah Di Sarawak Akan Mula Divaksin Bermula 8 September 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?