• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes HFMD Di Sabah Cecah 6,919, Tapi Keadaan Masih Terkawal – JKNS

Oleh
Farisha
13 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

JKNS Sahkan Situasi HFMD di Sabah Dalam Kawalan Walau Kes Cecah 6,919

Sabah merekodkan hampir 7,000 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak awal tahun, namun situasinya masih berada dalam kawalan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Maria Suleiman, sebanyak 6,919 kes HFMD direkodkan di seluruh negeri bermula 1 Januari hingga 10 Mei 2025.

Kes HFMD Di Sabah Cecah 6,919, Tapi Keadaan Masih Terkawal – JKNS
Kes HFMD Di Sabah Cecah 6,919, Tapi Keadaan Masih Terkawal – JKNS. Gambar hiasan.

Walaupun berlaku peningkatan kes, Dr Maria memberi jaminan bahawa keadaan masih terkawal hasil pelbagai langkah kawalan yang telah diambil oleh pihak berkuasa kesihatan.

“Situasi di Sabah ketika ini menunjukkan peningkatan kes HFMD. Namun, dengan tindakan kawalan dan penjagaan yang telah dijalankan, keadaan adalah terkawal dan kes kini menunjukkan trend penurunan,” jelasnya, menurut laporan media tempatan.

Majlis tersebut turut disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Usaha Murni: Sasar Kutipan 1,000 Pain Darah

Dalam majlis yang sama, Dr Maria turut memaklumkan bahawa pihaknya menyasarkan untuk mengutip sebanyak 1,000 pain darah sempena sambutan Hari Jururawat kali ini.

Setakat ini, Hospital Queen Elizabeth II telah berjaya mengumpul 52 pain darah daripada sasaran harian sebanyak 100 pain.

“Kutipan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan bekalan darah di hospital mencukupi dan stabil bagi menampung keperluan pesakit,” katanya.

Apa Yang Boleh Orang Ramai Lakukan?

Berikut beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko penularan HFMD:

  • Pastikan kebersihan diri dan anak-anak sentiasa dijaga.
  • Galakkan anak membasuh tangan dengan sabun terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.
  • Elakkan menghantar anak ke sekolah atau pusat jagaan sekiranya menunjukkan simptom HFMD.
  • Dapatkan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan seperti demam, ruam di tangan dan kaki serta ulser di dalam mulut.

Walaupun jumlah kes HFMD di Sabah agak tinggi, orang ramai tidak perlu panik. Keadaan adalah terkawal dan pihak kesihatan negeri sedang giat menjalankan pemantauan serta langkah kawalan. Pada masa sama, usaha murni seperti kempen derma darah turut dilaksanakan demi memastikan kebajikan dan kesihatan rakyat terus terpelihara.

Sama-sama kita jaga diri, jaga komuniti.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kota Kinabalu Catat Kes HFMD Tertinggi, Sekolah Terpaksa Ditutup
Dua Sekolah Di Kinabatangan Ditutup Sementara Akibat Kes HFMD

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelan Strategik Jangka Panjang, Sarawak Lancar Roadmap Ekonomi Hidrogen Hingga 2035
Next Article Borneo Cultures Museum Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Pada 18 Mei Borneo Cultures Museum Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Pada 18 Mei

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?