• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Kehilangan Pamela Ling, Suami Antara Individu Disiasat Polis

Oleh
Farisha
6 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Difahamkan, kenderaan penculik guna nombor pendaftaran palsu

Kes Kehilangan Pamela Ling, Suami Antara Individu Disiasat Polis. Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat menjalankan siasatan terhadap kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh, isteri kepada Taikun perniagaan Sarawak, yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu, dan suaminya kini menjadi antara individu yang disiasat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa suami kepada wanita berusia 42 tahun itu merupakan antara fokus utama dalam siasatan kes berkenaan.

Kes Kehilangan Pamela Ling, Suami Antara Individu Disiasat Polis
Kes Kehilangan Pamela Ling, Suami Antara Individu Disiasat Polis. Kredit foto: FMT

“Buat masa ini, siasatan menjurus ke arah kemungkinan suaminya terlibat dan kita juga tidak menolak kemungkinan ada individu lain yang turut memainkan peranan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman pada hari Selasa, menurut laporan media.

Lebih 16 individu telah dipanggil, termasuk suami mangsa

Menurut Razarudin, pihak polis telah merakam keterangan lebih 16 individu setakat ini, termasuk suami mangsa. Pihak polis juga akan mengambil keterangan daripada anak-anak pasangan ini yang kini berada di Singapura.

Motif kehilangan masih belum dikenal pasti buat masa ini. Namun, kes tersebut kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan kesalahan menculik.

Kereta terlibat disahkan guna nombor pendaftaran palsu

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa kenderaan yang disyaki digunakan dalam kes penculikan ini telah dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Siasatan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan bahawa kesemua kenderaan yang dikenal pasti menggunakan nombor pendaftaran palsu,” jelas beliau.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur serta kawasan sempadan negeri Selangor bagi mengesan pergerakan kenderaan tersebut.

Siasatan diteruskan bagi merungkai kehilangan penuh misteri

Usaha mengesan lokasi Pamela Ling dan mengenal pasti suspek yang terlibat sedang dijalankan secara intensif oleh pihak polis.

Kes ini terus menjadi perhatian ramai memandangkan ia melibatkan unsur penculikan dan identiti individu berprofil tinggi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan bagi merungkai misteri kehilangan ini.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan misteri kehilangan isteri Taikun perniagaan Sarawak:

Isteri Taikun Perniagaan Sarawak Hilang Secara Misteri, Diculik 3 Kereta Semasa Ke SPRM

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Jalin Kerjasama Strategik Dengan Airbus, Sasar Jadi Hab Aeroangkasa Asia-Pasifik
Next Article Tak Sempat Pakai ‘Tangu’ Untuk Gawai, Hati Ibu Luluh Anak Maut Dalam Kemalangan Di Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?