• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Sempat Pakai ‘Tangu’ Untuk Gawai, Hati Ibu Luluh Anak Maut Dalam Kemalangan Di Sibu

Oleh
Farisha
6 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

“Belum sempat pakai pakaian Gawai…” – Kanak-kanak 6 tahun maut bersama datuk dalam kemalangan

Tak Sempat Pakai Tangu Untuk Gawai, Hati Ibu Luluh Anak Maut Dalam Kemalangan Di Sibu. Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Alverry Aveera Abdullah, yang terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Salim semalam, difahamkan amat teruja untuk menyambut Gawai Dayak tahun ini.

Menurut ibunya, Siti Khadijah Abdullah, Aveera sering bertanyakan tentang ‘tangu’ – hiasan dada tradisional masyarakat Iban – yang sedang dibuat khas untuknya sempena perayaan tersebut.

Tak Sempat Pakai Tangu Untuk Gawai, Hati Ibu Luluh Anak Maut Dalam Kemalangan Di Sibu.
Tak Sempat Pakai Tangu Untuk Gawai, Hati Ibu Luluh Anak Maut Dalam Kemalangan Di Sibu.

“Saya bersungguh-sungguh menyiapkannya walaupun banyak kali tersilap. Saya juga membeli kain tating kerana saya fikir ia akan nampak cantik dipadankan bersama.

“Namun, kami tidak menyangka kamu akan pergi secepat ini,” luahnya dalam satu hantaran menyentuh hati di Facebook, disertakan dengan beberapa foto anak perempuannya, menurut laporan media.

Dalam kejadian tersebut, Siti Khadijah turut kehilangan bapanya, Uchong Antang, 80, yang menunggang motosikal ketika itu.

Dalam perjalanan pulang ke rumah panjang

Ketika dihubungi media, Siti Khadijah memaklumkan bahawa arwah bapanya sedang menjemput Aveera dari sekolah untuk pulang ke rumah panjang mereka sebelum kemalangan berlaku.

Jenazah Aveera telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang petang semalam, manakala upacara penghormatan terakhir untuk datuknya diadakan di Rumah Grace Itun, Jalan Salim.

“Hentikan penyebaran video kemalangan”

Beliau turut merayu kepada orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video kemalangan berkenaan yang kini tular di media sosial.

“Kami merayu agar orang ramai menghentikan penyebaran video tersebut. Hormatilah perasaan keluarga kami yang masih dalam keadaan sedih dan berkabung,” katanya.

Laporan polis: Lori gagal mengelak

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki mangsa keluar dari simpang Rumah Birai ke Jalan Salim sebelum dilanggar sebuah lori dari arah Sibu Jaya.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemboncengnya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sibu,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Takziah buat seluruh keluarga. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.
Sebagai pengguna jalan raya, marilah kita lebih peka dan berhati-hati — satu detik kecuaian boleh meragut dua nyawa yang tidak berdosa.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kemalangan jalan raya yang berlaku di Sarawak:

Ayah Maut, Anak Cedera Parah Ketika Cuba Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Tun Jugah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Kehilangan Pamela Ling, Suami Antara Individu Disiasat Polis
Next Article Guru KV Keningau Bantu Pelajar Mahir Statistik, Terbit Kajian di Jurnal Antarabangsa Guru KV Keningau Bantu Pelajar Mahir Statistik, Terbit Kajian di Jurnal Antarabangsa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?