• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Kematian Kanak Kanak 6 Tahun Di Bau, Ibu dan Teman Lelaki Ditahan

Oleh
ILB - AI
5 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kes Kematian Kanak Kanak 6 Tahun Di Bau, Ibu dan Teman Lelaki Ditahan

Kanak kanak tersebut dijumpai dibunuh di sebuah kampung di Bau.

Kes Kematian Kanak Kanak 6 Tahun Di Bau, Ibu dan Teman Lelaki Ditahan. Susulan kes kematian kanak kanak yang dijumpai dibunuh di bau, pihak polis telah menahan ibu kanak kanak tersebut dan juga teman lelakinya bagi membantu siasatan.

Dalam satu kenyatan yang dikeluarkan akhbar tempatan, Ketua Polis Bau DSP Poge Nyain berkata saspek lelaki tersebut telah ditahan pihak polis pada sekitar pukul 3 petang pada 4 Januari 2023.

Ketika disiasat, saspek lelaki tersebut memberitahu pihak polis bahawa beliau telah memukul kanak kanak tersebut dan cuba melupuskan mayatnya di kawasan semak di Kampung Kranji.

Kes Kematian Kanak Kanak 6 Tahun Di Bau, Ibu dan Teman Lelaki Ditahan

Menurt DSP Poge Nyain lagi, pada pukul 6.45 petang semalam juga, saspek lelaki tersebut telah membawa pihak polis ke kawasan di mana beliau telah melupuskan mayat tersebut. Difahamkan, pembunuhan tersebut berlaku pada 17 Disember yang lalu.

Turut bersama untuk mengenal pasti mayat kanak kanak tersebut adalah ibu beliau yang mengesahkan identiti mayat tersebut berdasarkan pakaian dan juga patung yang dipegang. Ibu kanak kanak tersebut kemudian turut ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Mayat kanak kanak itu kini telah dipindahkan ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk post mortem. Kes ini juga sedang disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut DSP Poge lagi, pihak polis akan menjalankan siasatan sepenuhnya dengan professional.

Baca Juga Artikel Lain :

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Gadis Berusia 11 Tahun Di Bau, Bekas Askar Didakwa Di Mahkamah
SUMBER :Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gemar Menjelajah Dunia, Mat Salleh Ini Kongsi Keunikan Alam Sepanjang Sungai Kinabatangan
Next Article Masakan Autentik Indonesia, Bakso Singkawang Kini Buka Cawangan Di Samarahan Masakan Autentik Indonesia, Bakso Singkawang Kini Buka Cawangan Di Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?