I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Gemar Menjelajah Dunia, Mat Salleh Ini Kongsi Keunikan Alam Sepanjang Sungai Kinabatangan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gemar Menjelajah Dunia, Mat Salleh Ini Kongsi Keunikan Alam Sepanjang Sungai Kinabatangan

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 5 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Mat Salleh dengan akaun Chopstik Travel pilih jelajah Sabah dengan menyusuri Sungai Kinabatangan

Seperti kita tahu, Borneo adalah sebuah kepulauan yang penuh dengan hasil bumi yang menarik dan ada yang boleh dikatakan eksotik kerana hanya boleh ditemui di Borneo. Menjadi satu keunikkan apabila Borneo menjadi tarikan untuk orang luar yang minat dengan perkara yang berkaitan dengan alam.

Seorang mat salleh yang dikenali sebagai Luke ini memang banyak menjelajah dunia dengan berkongsi video beliau di akaun Facebook Chopstik Travel telah menjelajah ke Borneo. Kali ini beliau telah memilih negeri di bawah bayu, dimana beliau telah menjelajah dengan menyusuri Sungai Kinabatangan, Sabah.

Gemar Menjelajah Dunia, Mat Salleh Ini Kongsi Keunikan Alam Sepanjang Sungai Kinabatangan
Gemar Menjelajah Dunia, Mat Salleh Ini Kongsi Keunikan Alam Sepanjang Sungai Kinabatangan. Sumber gambar: FB Chopstick Travel

Cuba makanan hasil alam yang dijumpai di Borneo dengan berpeluang dapatkan sendiri seperti petik paku hutan, jala ikan

Dalam penjelajahan beliau kali ini, beliau yang sememangnya gemar mencuba makanan di sesuatu tempat yang dikunjungi telah berpeluang untuk mencuba makanan-makanan hasil alam yang kebanyakkannya boleh dijumpai di Borneo. Malah, yang buat penjelajahan ini menarik, beliau sendiri berpeluang mendapatkan sendiri hasil alam tersebut.

Salah satunya, beliau berpeluang bersama dengan orang tempatan yang menyusuri sungai bersama beliau untuk singgah di hutan yang terletak di tepi sungai untuk memetik hasil alam seperti sayur paku hutan untuk dijadikan hidangan kelak.

Gemar Menjelajah Dunia, Mat Salleh Ini Kongsi Keunikan Alam Sepanjang Sungai Kinabatangan
Gemar Menjelajah Dunia, Mat Salleh Ini Kongsi Keunikan Alam Sepanjang Sungai Kinabatangan. Sumber gambar: FB Chopstick Travel

Bukan itu sahaja, beliau sangat teruja apabila beliau juga berpeluang melihat bagaimana orang tempatan sangat berinovatif hanya menggunakan botol dan sosej sebagai umpan untuk menangkap ikan patin dan beliau juga mencuba untuk menjala ikan.

Gemar Menjelajah Dunia, Mat Salleh Ini Kongsi Keunikan Alam Sepanjang Sungai Kinabatangan
Sumber gambar: FB Chopstick Travel

Seterusnya, beliau berkesempatan menyaksikan bagaimana orang tempatan memperoleh udang galah yang bersaiz besar sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan ini. Kesemua hasil alam yang diperolehi tadi akan terus disiapkan, dimasak dan dihidang untuk santapan beliau.

Beliau juga menikmati pemandangan yang masih kaya dengan kehidupan alam seperti buaya, burung enggang, monyet

Sepanjang menyusuri sungai ini juga, beliau menikmati pemandangan alam semula jadi yang masih kaya dengan kehidupan alam di sekeliling sungai seperti melihat buaya sedang bersantai di tepi sungai, burung enggang, banyaknya monyet bergayutan di dahan pokok.

Gemar Menjelajah Dunia, Mat Salleh Ini Kongsi Keunikan Alam Sepanjang Sungai Kinabatangan
Sumber gambar: FB Chopstick Travel

Perkongsian video penjelahan beliau ini mendapat banyak respon netizen sehingga disuka sebanyak 6.2 ribu. Dengan perkongsian menarik seperti ini, ianya akan membuka mata orang luar tentang indah dan uniknya Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak yang harus dinikmati secara langsung untuk pengalaman yang berharga seperti ini.

Sabah dan Sarawak sememangnya kaya dengan hasil alam yang eksotik seperti:

Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo
Digelar Bambangan Atau Asam Embang, Ketahui Buah Penuh Khasiat Dari Borneo Ini
SUMBER : FB Chopstick Travel
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Toh Puan Raghad Antara Wanita Terpilih Hiasi Muka Depan Majalah Nona Edisi ‘Superwoman Award 2022’
Next Article Kes Kematian Kanak Kanak 6 Tahun Di Bau, Ibu dan Teman Lelaki Ditahan Kes Kematian Kanak Kanak 6 Tahun Di Bau, Ibu dan Teman Lelaki Ditahan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?