Polis tahan lelaki pecahkan cermin kereta
Kes Khianat Pecah Cermin Kereta Di Jalan BDC Kuching, Suspek Berusia 34 Tahun Ditahan. Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun telah ditahan Ahad (18 Ogos) untuk membantu siasatan berkenaan kes perbuatan khianat pecahkan cermin kereta.
Ketua polis daerah Kuching, Mohd Farhan Lee Abdullah, memaklumkan bahawa pihak polis telah menerima laporan pada 17 Ogos pukul 10.17 malam mengenai kejadian tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa kejadian ini berkait dengan video yang tular di media sosial, menunjukkan perlanggaran dua buah kenderaan di Jalan BDC.
Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang mengakibatkan kerugian atau kerosakan, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Selepas menerima maklumat, pada 18 Ogos pukul 7.30 malam, satu pasukan dari IPD Kuching telah menahan suspek di Jalan Keranji, Kuching.
“Suspek kini ditahan reman bermula semlam sehingga 22 Ogos untuk siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan, menurut laporan Dayak Daily.

