• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atlet Muda Sabah Kejutkan Penonton Dengan Kemenangan Emas Lompat Tinggi

Oleh
Nazihah AN
19 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Atlet Muda Sabah Kejutkan Penonton Dengan Kemenangan Emas Lompat Tinggi

Ku Yee Aleng Ungguli Acara Lompat Tinggi Wanita di Sukma

Atlet Muda Sabah Kejutkan Penonton Dengan Kemenangan Emas Lompat Tinggi. Atlet muda Ku Yee Aleng telah memberikan permulaan yang cemerlang kepada kontinjen Sabah dalam acara olahraga Sukan Malaysia (Sukma) ke-21. Beliau berjaya meraih pingat emas dalam acara Lompat Tinggi wanita yang berlangsung di Stadium Sarawak pada hari Isnin.

Ku Yee mencatatkan ketinggian 1.64m untuk menduduki tempat pertama melalui kiraan balik (countback), walaupun pemenang pingat perak dari Pulau Pinang, Melissa Choong En Xuan, turut mencapai ketinggian yang sama.

Atlet Muda Sabah Kejutkan Penonton Dengan Kemenangan Emas Lompat Tinggi

Kejayaan Manis Ku Yee Aleng Bawa Pulang Emas untuk Sabah di Sukma

Atlet berusia 19 tahun dari Kunak itu mengakui bahawa dia tidak menjangka akan memenangi pingat emas. “Saya hanya mensasarkan untuk mendapat pingat, tetapi tidak terfikir pun akan meraih emas,” ujarnya selepas majlis penyampaian pingat.

Ku Yee memuji sokongan jurulatihnya yang sentiasa berkomunikasi dengannya sepanjang pertandingan. Beliau juga mendedikasikan kemenangan ini kepada keluarganya, terutamanya ibu dan adik-beradiknya, serta semua pihak yang telah menyokongnya.

Pingat gangsa dimenangi oleh Sylvia Nawan Sa dari Sarawak, yang juga menang melalui kiraan balik terhadap Nolaeska Kipolos dari Sabah. Kedua-duanya mencatatkan ketinggian 1.54m.

Hari pembukaan acara olahraga tersebut menyaksikan sembilan pingat emas dipertandingkan.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Sarawak Raih Emas Dalam Acara Waikru lelaki Di SUKMA
Hazirah Ramli Cipta Sensasi Raih 4 Emas Boling SUKMA, Insentif Kemenangan Kini Cecah RM 60K

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Raih Emas Dalam Acara Waikru lelaki Di SUKMA
Next Article Kes Khianat Pecah Cermin Kereta Di Jalan BDC Kuching, Suspek Berusia 34 Tahun Ditahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?