• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kes Lebih 100 Positif COVID-19 Di Bintulu Yang Tidak Dapat Dihubungi Sudah Dikesan

Oleh
ILB - AI
26 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Kes Lebih 100 Positif COVID-19 Di Bintulu Yang Tidak Dapat Dihubungi Sudah Dikesan

Pihak berkuasa sudah mengesan lebih dari 100 kes positif Covid-19 di Bintulu

Kes Lebih 100 Positif COVID-19 Di Bintulu Yang Tidak Dapat Dihubungi Sudah Dikesan. Menurut laporan, pihak berkuasa telah mengesan lebih dari 100 kes positif Covid-19 di Bintulu yang didakwa tidak dapat dikesan.

Jabatan Kesihatan Negeri melakukan proses menghubungi dan mengesan individu-individu terbabit dan proses tersebut sudah selesai.

Kes Lebih 100 Positif COVID-19 Di Bintulu Yang Tidak Dapat Dihubungi Sudah Dikesan

Lebih dari 100 individu yang didapati positif memberi maklumat peribadi palsu, mengakibatkan mereka susah dikesan

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Chin Zin Hing, memaklumkan bahawa semua individu berkenaan berjaya dikesan. Ini berikutan kenyataan Tiong semalam bahawa lebih daripada 100 orang yang didapati positif di Bintulu antar 12 – 21 April tidak dapat dikesan akibat memberikan maklumat peribadi palsu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Chin Zin Hing memaklumkan bahawa kesemua individu terbabit sudah dikesan. Kredit: Astro Awani

Individu yang terlibat dalam inisiatif pengesanan kes aktif (ACD) diharapkan dapat menunjukkan nombor IC, nombor pasport atau rujukan klinik masing-masing untuk pendaftaran maklumat hubungan mereka seperti alamat.

Kemudian, Jabatan Kesihatan negeri akan menghubungi individu berkenaan sama ada menerusi telefon atau menghubungi ahli keluarga atau mengesan individu itu berdasarkan alamat yang diberikan.

Setiap individu di Sarawak diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya

Mereka yang ditangkap tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa boleh menghadapi tindakan undang-undang, iaitu di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Individu yang memberikan maklumat palsu melanggar Seksyen 22 (d) Akta 342 dan boleh dikenakan denda atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya di bawah Seksyen 24 (a) Akta yang sama.

Gambar sekadar hiasan.

Diharapkan semua individu memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha mengesan risiko jangkitan Covid-19 pada tahap awal menerusi inisiatif ACD.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'We Love Sarawak Kolo Mee,' Semua 425 Kedai 7-Eleven Di Singapura Kini Promosikan Mi Kolok Sarawak ‘We Love Sarawak Kolo Mee,’ Semua 425 Kedai 7-Eleven Di Singapura Kini Promosikan Mi Kolok Sarawak
Next Article Sarawak Sekat Kemasukan Individu Dari India Untuk Elak Penularan Varian Baharu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?