• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Sekat Kemasukan Individu Dari India Untuk Elak Penularan Varian Baharu

Oleh
Ismail NA
26 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara ini dimaklumkan oleh JPBNS hari ini.

Sarawak Sekat Kemasukan Individu Dari India Untuk Elak Penularan Varian Baharu. Menerusi kenyataan media JBNS hari ini, Sarawak telah membuat keputusan untuk menyekat kemasukan individu ataupun pengembara dari India masuk ke wilayah ini.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini dimaklumkan oleh JPBNS hari ini.
  • Varian B1617 lebih berbahaya, senang merebak
  • Mutasi VoC boleh jejaskan keberkesanan vaksin
  • Baca juga :

Hal ini susulan kes COVID-19 di India didapati mempunyai struktur Varian Baharu (Variant of Concern – VoC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Oleh yang demikian, sebagai langkah pencegahan, individu yang pernah berada di India dalam masa 30 hari sebelum masuk ke Sarawak tidak dibenarkan untuk ke negeri ini berkuatkuasa 27 April 2021.

Varian B1617 lebih berbahaya, senang merebak

Menurut laporan media, varian baharu yang ditemui di India ini menimbulkan kebimbangan WHO kerana ia lebih mudah menular. Bahkan, boleh mengatasi kemampuan vaksin COVID-19. Varian baharu ini diberi nama B1617 dan kini merebak dengan pantas di India. Malah, varian baharu ini juga didapati telah merebak di England.

Sarawak Sekat Kemasukan Individu Dari India Untuk Elak Penularan Varian Baharu
Sarawak Sekat Kemasukan Individu Dari India Untuk Elak Penularan Varian Baharu

Lebih membimbangkan, varian ini dikatakan sebagai varian ‘mutasi berganda’ – yang mempunyai lebih daripada satu mutasi yang dijumpai dalam varian-varian yang lain. Di England, kluster kecil yang melibatkan varian B1617 ini telah meningkat sehingga 2 kali ganda dalam masa hanya 1 hari.

Susulan itu, kerajaan England telah menyenaraikan negara India sebagai negara merah dan memerlukan seseorang dari negara tersebut dikenakan perintah kuarantin 14 hari mandatori sebaik sahaja mereka tiba di United Kingdom.

Mutasi VoC boleh jejaskan keberkesanan vaksin

Sesuatu mutasi virus dikategorikan sebagai Variants of Concern (VoC) sekiranya virus bermutasi menjadi lebih mudah berjangkit, menjadikan penyakit itu lebih buruk, dan menjejaskan keberkesanan vaksin dan rawatan.

Malah, sesebuah mutasi atau kombinasi mutasi pada sesebuah virus boleh meningkatkan kesan buruk kepada kesihatan manusia berbanding kesan yang biasa dilihat sebelumnya.

Di peringkat persekutuan, masih belum ada arahan daripada kerajaan Malaysia melarang kemasukan individu dari India bagi mencegah penularan varian baharu ini.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Lebih 100 Positif COVID-19 Di Bintulu Yang Tidak Dapat Dihubungi Sudah Dikesan Kes Lebih 100 Positif COVID-19 Di Bintulu Yang Tidak Dapat Dihubungi Sudah Dikesan
Next Article 3 Kluster Baharu Disytiharkan Hari Ini, 2 Daripadanya Berpunca Dari Sekolah Menengah 3 Kluster Baharu Disytiharkan Hari Ini, 2 Daripadanya Berpunca Dari Sekolah Menengah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?