• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kes Lelaki Kelar Isteri Dan Bayi, Mentua Percaya Ada Unsur Gangguan Mistik

Oleh
Ismail NA
6 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mentuanya tidak menyimpan dendam kepada lelaki berkenaan serta keluarga besannya.

Kes Lelaki Kelar Isteri Dan Bayi, Mentua Percaya Ada Unsur Gangguan Mistik. Beberapa hari yang lalu, tular sebuah berita menyayat hati tentang seorang lelaki telah mengelar isterinya sendiri dan bayi mereka yang baru berusia 2 bulan. Lelaki berkenaan kemudian melarikan diri dengan menunggang motorsikal di jalan raya dalam keadaan berbogel.

Isi Isi Penting
  • Mentuanya tidak menyimpan dendam kepada lelaki berkenaan serta keluarga besannya.
  • Berhenti kerja kerana dapat projek cuci kapal
  • Tempat kerja baru mungkin ‘keras’, menantunya diganggu
  • Sepatutnya bersanding pada 24 Julai depan

Kes ini telah menggemparkan seluruh negara kerana perbuatan kejam seperti ini tidak akan sanggup dilakukan oleh manusia normal.

Tangkap layar video rakaman netizen yang tular di media sosial.

Lapor sebuah akhbar tempatan, mentua kepada lelaki berkenaan, Rosman Ahmad, mengakui tidak menyimpan rasa dendam terhadap menantu lelakinya itu meskipun lelaki berkenaan telah meragut nyawa anak dan cucu kesayangannya.

Beliau juga telah memaafkan suspek serta keluarganya. Keluarga besannya juga berkali memohon maaf kepada keluarga Rosman atas kejadian yang menimpa.

Berhenti kerja kerana dapat projek cuci kapal

Malah, Rosman sempat bertanya kepada keluarga besannya tentang masalah yang dihadapi menantunya berkenaan sebelum kejadian berlaku. Namun, keluarga besannya juga mengakui bahawa anak mereka tiada masalah peribadi.

Kes Lelaki Kelar Isteri Dan Bayi, Mentua Percaya Ada Unsur Gangguan Mistik
Rosman Ahmad, bapa mangsa, Hajar Nursyahirin dan datuk kepada Hans Mohd Thakif. Kes Lelaki Kelar Isteri Dan Bayi, Mentua Percaya Ada Unsur Gangguan Mistik

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan telah berhenti kerja kerana mahu memberi tumpuan kepada projek cuci kapal di Desaru.

Tempat kerja baru mungkin ‘keras’, menantunya diganggu

Ujar Rosman, beliau tidak menolak andaian bahawa perbuatan yang dilakukan oleh menantunya bukan atas kehendak dirinya sendiri, tetapi dilakukan oleh ‘benda lain’. Barangkali juga gangguan mistik berlaku di tempat kerja barunya kerana tiada siapa tahu jika kawasan itu sebenarnya kawasan ‘keras’.

Dalam masa yang sama, Rosman juga menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian terbabit memandangkan beliau dan keluarga sangat mengenali menantunya sebagai seorang yang baik.

“Itu hak mereka (orang ramai) nak bercakap, tetapi kita lebih tahu menantu kita. Memang daripada apa orang ramai cakap itu beri kesan kepada keluarga terutamanya besan saya. Cuma saya harap orang ramai jangan buat andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Saya yang mentuanya pun tidak fikir begitu sebab saya kenal dia baik,”

Rosman Ahmad, bapa mangsa (petikan dari Hmetro)

Sepatutnya bersanding pada 24 Julai depan

Pasangan berkenaan sepatutnya melangsungkan persandingan yang tertangguh pada 24 Julai depan bersama majlis aqiqah anak mereka.

Anak kedua Rosman pula pada asalnya akan melangsungkan perkahwinan pada 23 Julai, sehari sebelum persandingan tersebut. Meskipun perkahwinan anak keduanya tetap akan diteruskan, namun ianya dihadkan kepada majlis akad nikah dan seterusnya diiringi majlis tahlil.

Jenazah dua beranak tersebut telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, Johor Bahru petang semalam. Al-Fatihah.

Jika anda terlepas cerita ini, baca lebih lanjut di sini:

SUMBER :Hmetro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Mengapa Cukai Jalan Lebih Murah Di Sabah Dan Sarawak
Next Article JULAI 2022: Ini Panduan Ringkas Mengisi Jawatan Kosong Perbadanan Hutan Sarawak (SFC)

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?