Tahukah bahawa cukai jalan di Sabah dan Sarawak lebih murah dari Semenanjung Malaysia?
Ini Sebab Mengapa Cukai Kenderaan Lebih Murah Di Sabah Dan Sarawak. Perbezaan harga cukai jalan ini boleh mencecah ribuan ringgit, lebih lebih lagi untuk kenderaan berkapasiti enjin yang besar.
Namun, tahukah anda bahawa harga cukai jalan di Sabah dan Sarawak lebih murah daripada cukai jalan di Semenanjung Malaysia?

Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan harga cukai jalan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Antara faktor utama yang diambil kira adalah keadaan geografi, jarak perjalanan yang lebih panjang dan kemudahan jalan raya serta infrastruktur yang kurang maju.
Keadaan jalan di Sabah Sarawak tidak sesuai dilalui kenderaan kecil
Pemandu di Sabah & Sarawak agak sukar dan tidak sesuai menggunakan kereta yang berkapasiti kecil seperti Perodua Kancil untuk perjalanan darat di kawasan luar bandar. Kenderaan berkapasiti kecil selalunya terhad untuk perjalanan di kawasan bandar dan pinggir bandar sahaja.
Disebabkan faktor-faktor tersebut, kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang dikuasakan enjin berkapasiti lebih tinggi adalah biasa digunakan di Sabah & Sarawak.
Dengan ini, adalah lebih adil bagi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) untuk melaksanakan dasar cukai jalan murah di Sabah & Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat.
Kadar Road tax di Malaysia dibahagikan kepada beberapa kategori kapasiti enjin dari petrol ke diesel dan cc 1.0 ke 3.0
Berikut adalah panduan pengiraan road tax atau cukai jalan bagi semua kenderaan persendirian di Malaysia termasuk kereta petrol biasa, diesel, suv, mpv, hybrid, 1.0, 1.2, 1.4, 1.6, 1.8, 2.0, 2.2, 2.3, 2.4, 2.5, 3.0 cc dan ke atas, berdasarkan maklumat yang disediakan di portal Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
GARIS PANDUAN PENGIRAAN KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) BAGI KENDERAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK
(PINDAAN SELEPAS BAJET 2009)
1. SEMENANJUNG MALAYSIA, PULAU PANGKOR & PULAU LANGKAWI
1.1 SEMENANJUNG MALAYSIA
1.1.1 Motosikal
Kod kegunaan : AA (Motosikal)
i. LKM bagi motosikal dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah dikekalkan pada kadar sedia ada.
ii. Kadar LKM bagi motosikal dengan kapasiti melebihi 150cc adalah ditetapkan pada kadar tetap seperti berikut:-
Kapasiti Enjin Kadar
151cc hingga 200cc : RM 30.00
201cc hingga 250cc : RM 50.00
251cc hingga 500cc :RM 180.00
501cc hingga 800cc :RM 250.00
Melebihi 800cc : RM 350.00
1.1.2 Motokar Saloon Persendirian Milik Individu Kod Kegunaan : AB (Individu)
Bahan Bakar : Petrol/diesel/diesel hijau
i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap (flat) seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah: RM 20.00
1001cc hingga 1200cc: RM 55.00
1201cc hingga 1400cc RM 70.00
1401cc hingga 1600cc RM 90.00
ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc RM 200.00
(RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc)
1801cc hingga 2000cc RM 280.00
(RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc)
2001cc hingga 2500cc RM 380.00
(RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc)
2501cc hingga 3000cc RM 880.00
(RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc)
Melebihi 3000cc RM 2,130.00
(RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc)
===================
b. Diesel
i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap (flat) seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah RM 20.00
1001cc hingga 1200cc RM 110.00 1201cc hingga 1400cc RM 140.00 1401cc hingga 1600cc RM 180.00
ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc RM 400.00
(RM 0.80 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc)
1801cc hingga 2000cc RM 560.00
(RM 1.10 untuk setiap cc berbanding 1800cc)
2001cc hingga 2500cc RM 780.00
(RM 2.20 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc)
2501cc hingga 3000cc RM 1,880.00
(RM6.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc)
Melebihi 3000cc RM 4,880.00
(RM10.80 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc)
Jika anda baru tahu mengenai perbezaan ini, jangan pula ambil kesempatan ya? Undang-undang semakin ketat dan jangan lupa dulu ada ‘orang kaya’ yang ditangkap di Semenanjung Malaysia kerana kereta mewahnya menggunakan cukai jalan dari Sarawak!