• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kes Pembunuhan Kejam, Mayat Tanpa Kepala Disahkan Milik Cikgu Istiqomah

Oleh
Farisha
12 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah

Kes Pembunuhan Kejam, Mayat Tanpa Kepala Disahkan Milik Cikgu Istiqomah. Jenazah wanita yang dijumpai dalam keadaan amat teruk di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang pada 31 Disember tahun lepas telah dikenalpasti sebagai Istiqomah Mohd Rozi, seorang guru berumur 33 tahun.

Mayat tersebut didapati dalam dibunuh dengan kejam dalam keadaan kepala, tangan dan kaki dipotong, lalu dimasukkan ke dalam tong sampah dan dibuang di longkang.

Kes Pembunuhan Kejam, Mayat Tanpa Kepala Disahkan Milik Cikgu Istiqomah

Superintenden Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, mengesahkan identiti mangsa melalui ujian DNA yang dijalankan pada 2 Ogos. DNA mangsa didapati sepadan dengan ibu seorang wanita yang dilaporkan hilang di Johor pada 27 Disember tahun lalu.

Hasil siasatan polis telah membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 37 tahun, dipercayai bekas teman lelaki mangsa, serta isterinya yang berumur 36 tahun di Chemor, Perak.

Siasatan lanjut membawa kepada penemuan bahagian-bahagian badan mangsa yang lain, termasuk tulang jari dan kepala, kira-kira enam kilometer dari lokasi asal penemuan mayat.

Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari dari 6 hingga 12 Ogos. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Suspek lelaki masih dalam tahanan manakala isterinya telah dibebaskan kerana tidak terlibat dalam pembunuhan mangsa yang meninggalkan tiga orang anak.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Norehan Omar di talian 010-4064003.

Sebelum ini, MalaysiaGazette melaporkan pada 6 Januari bahawa mayat mangsa ditemui tanpa pakaian oleh orang awam pada pukul 2 petang, 31 Disember. Mayat tersebut hanya diselubungi kain merah, dengan kepala, kedua-dua kaki hingga ke lutut, dan tangan dipercayai telah dipotong.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sertai 'Glamping di Bandaraya' dan Festival Muzik 2024 di Kuching pada 17-18 Ogos Sertai ‘Glamping di Bandaraya’ dan Festival Muzik 2024 di Kuching pada 17-18 Ogos
Next Article Mahkamah Tolak Rayuan Pedofilia Kuching, Dihukum Penjara 50 Tahun Dan 31 Sebatan Mahkamah Tolak Rayuan Pedofilia Kuching, Dihukum Penjara 50 Tahun Dan 31 Sebatan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?