• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Positif Harian Melonjak Drastik, JPBNS Mungkin Kenakan Sekatan Pergerakan Di Kuching

Oleh
Ismail NA
19 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sumber daripada laporan media tempatan.

Kes Positif Harian Melonjak Drastik, JPBNS Mungkin Kenakan Sekatan Pergerakan Di Kuching. Susulan kes positif harian di Sarawak semakin meningkat pada kadar yang drastik terutamanya di Kuching, media tempatan hari ini melaporkan bahawa Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengadakan mesyuarat pada jam 11 pagi tadi.

Mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan hal semasa berkaitan pandemik COVID-19.

Mesyuarat tersebut juga berkemungkinan turut membincangkan potensi untuk mengenakan sekatan pergerakan atau PKP khas di Kuching bagi meratakan lengkungan jangkitan COVID-19. Pengumuman tentang mesyuarat tersebut diberitahu di dalam kumpulan media namun tiada maklumat terperinci lain diumumkan.

Kes Positif Harian Melonjak Drastik, JPBNS Mungkin Kenakan Sekatan Pergerakan Di Kuching
Kes Positif Harian Melonjak Drastik, JPBNS Mungkin Kenakan Sekatan Pergerakan Di Kuching

Media tempatan juga belum dapat memastikan agenda sebenar pertemuan tersebut termasuklah apa-apa maklumat daripada Pengerusi JPBNS, Dato Sri Sim Kui Hian.

Semalam, ADUN Nangka, Sibu, Dr Annuar Rapaee ada menyatakan pendapatnya bahawa Kuching perlu melaksanakan sekatan pergerakan terutamanya rentas daerah bagi menurunkan jumlah kes positif. Namun demikian, perkara tersebut dijangka tidak akan berlarutan lama memandangkan majoriti masyarakat di bandar ini kini dalam proses untuk melengkapkan vaksinasi.

Dalam masa seminggu kebelakangan ini, kes positif harian di Sarawak kebanyakannya melebihi angka 500 kes. Majoriti kes adalah daripada bandar Kuching, dengan jumlah harian yang dicatatkan semalam iaitu 577 kes daripada 1,403 kes keseluruhan di Sarawak.

Perkembangan selanjutnya akan menyusul kelak.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anti-Vax Buat Petisyen Batalkan Kewajiban Vaksin, Ini Sebab Mengapa Kebimbangan Mereka Sebenarnya Tidak Berasas Anti-Vax Buat Petisyen Batalkan Kewajiban Vaksin, Ini Sebab Mengapa Kebimbangan Mereka Sebenarnya Tidak Berasas
Next Article TERKINI : JPBNS Jelaskan Tiada Sekatan Pergerakan Akan Dilakukan Di Kuching Buat Masa Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?