• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Serangan Buaya Ke-8, ‘Bujang Oya’ Kini Mengganas Baham Seorang Nelayan Hingga Maut

Oleh
Husna Hazmi
6 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Ini sudah kes serangan buaya ke-8 yang dilaporkan di Balai Polis Oya.

Kes Serangan Buaya Ke-8, ‘Bujang Oya’ Kini Mengganas Baham Seorang Nelayan Hingga Maut. Dilaporkan bahawa seorang nelayan yang sedang menjala udang di Batang Oya menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Dalat malam semalam.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika mangsa sedang menjala udang di sungai berkenaan bersama rakannya. Mangsa yang dikenal sebagai Roslin Mdaie berusia 58 tahun dan berasal dari Kampung (Kg) Boom, Oya maut dibaham buaya.

Kes Serangan Buaya Ke-8, 'Bujang Oya' Kini Mengganas Baham Seorang Nelayan Hingga Maut
Kes Serangan Buaya Ke-8, ‘Bujang Oya’ Kini Mengganas Baham Seorang Lagi Nelayan Hingga Maut. Sumber foto: Utusan Borneo

Mangsa disambar seekor buaya ketika menebar jala

Salah seorang saksi kejadian yang berada tidak jauh dari bot mangsa telah menyaksikan mangsa disambar seekor buaya ketika mangsa sedang menebar jala dari botnya dan terus dibaham.

Dalam masa yang sama, rakan mangsa segera meminta bantuan orang kampung dan pihak polis juga turut dihubungi.

Kes Serangan Buaya Ke-8, 'Bujang Oya' Kini Mengganas Baham Seorang Nelayan Hingga Maut
Gambar sekadar hiasan
Kes Serangan Buaya Ke-8, 'Bujang Oya' Kini Mengganas Baham Seorang Nelayan Hingga Maut
Gambar sekadar hiasan

Mangsa ditemui tengah malam semalam

Setelah pihak polis bergegas ke tempat kejadian, usaha mencari mangsa dilaksanakan segera oleh penduduk kampung dan mangsa kemudiannya ditemui sekitar jam 12.30 malam dalam keadaan yang tidak bernyawa.

Kes seterusnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ini juga dikatakan merupakan insiden ke-8 kes serangan buaya yang pernah dilaporkan di Balai Polis Oya, Dalat. 

Daripada pecahan lapan kes berkenaan, sebanyak enam daripada mangsa telah dijumpai meninggal dunia dan hanya dua mangsa sahaja yang selamat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Suami Dalam Penjara, Anak Lelaki Pula Jadi Mangsa ‘Amang Seksual’ Ibu Kandung
Rajut Bendera Sebab Kerap Kena ‘Photobomb’, Delegasi Ukraine Tumbuk Delegasi Rusia
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gerai Ina Bakso Singkawang Kini Buka Cawangan Terbaru Di Taman Sri Wangi Gerai Ina Bakso Singkawang Kini Buka Cawangan Terbaru Di Taman Sri Wangi
Next Article Gara-Gara Boss 'Hilang', Sebuah Restoran Terkenal Di Kuching Terpaksa Tutup Operasi Gara-Gara Boss ‘Hilang’, Sebuah Restoran Terkenal Di Kuching Terpaksa Tutup Operasi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?