I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak

Oleh Husna Hazmi 2 April 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Lagenda Bujang Senang yang dahulunya merupakan pahlawan Iban.

Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak. Negeri Sarawak memang terkenal dengan buayanya. Populasi buaya di Sarawak boleh dikatakan amat tinggi berbanding di negeri lain di Malaysia.

Pada satu ketika dahulu terkenal di seantero dunia kisah mengenai buaya gergasi yang ditemui di Sarawak iaitu Bujang Senang.

Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak
Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak. Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: FB Borneo

Pahlawan Iban Tersohor

Tahukah anda disebalik populariti kisah buaya gergasi Bujang Senang berkenaan terdapat sebuah lagenda yang menarik di mana ia mengisahkan seorang pahlawan Iban yang disumpah menjadi buaya untuk membalas dendam kepada pembunuh isterinya.

Dikatakan bahawa kisah lagenda ini mengambil tempat pada sekitar tahun 1980-an di Sungai Batang Lupar Sarawak di mana terdapat seekor buaya gergasi yang mengganas di sungai berkenaan.

Bujang Senang dikatakan adalah seorang pahlawan Iban yang bernama Simalungun. Simalungun merupakan pahlawan Ngayau (memotong kepala) dan beliau telah menewaskan ramai musuh.

Kehebatan Simalungun ini dikaitkan dengan ilmu kebal yang dimiliki beliau di mana badannya tidak boleh ditembusi senjata. Oleh kerana kuasa kebalnya itu, ramai pihak musuh cemburu serta ingin mengetahui apa rahsia disebalik kuasanya itu.

Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Iluminasi

Disumpah menjadi buaya oleh Dewa

Pihak musuh kemudiannya menculik isteri Simalungun bagi membalas dendam serta memaksa isterinya itu untuk mendedahkan kuasa kekebalan suaminya. Simalungun yang berang mengetahui isterinya telah diculik kemudian bersemuka dengan pihak musuh.

Malangnya, isterinya telah mati ditombak sebaik dilepaskan membuat Simalungun mengamuk. Ketika itulah kuasa Simalungun berjaya dihidu oleh pihak musuh dan didapati bahawa Simalungun tidak kebal apabila berada dalam air sungai.

Walaupun telah bertarung sehingga separuh mati, Simalungun akhirnya ditewaskan oleh pihak musuh dan mayat beliau serta si isteri dikatakan tengelam dalam air Sungai Batang Lupar.

Mengikut mitos, mayat Simalungun dan isteri kemudiannya disumpah menjadi buaya besar oleh ‘dewa’ dan binatang gergasi tersebut mula mengganas menghantui keturunan pembunuhnya di sekitar Batang Lupar.

Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak
Gambar sekadar hiasan.

Kisah Bujang Senang mula mengganas

Buaya Jelmaan tersebut kemudiannya diberikan nama sebagai Bujang Senang dan menjadi mimpi ngeri penduduk Iban di sekitar Sungai Batang Lupar setelah 14 orang terkorban dibaham buaya gergasi berkenaan sejak tahun 1940-an.

Masyarakat Iban menganggap Bujang Senang sebagai `Maharaja Buaya’ iaitu raja segala buaya yang hidup sepanjang Sungai Batang Lupar sehingga seluruh Sungai Rejang.

Apa yang aneh mengenai buaya ini adalah, Bujang Senang memiliki tanda belang putih di belakangnya yang tiada pada buaya lain. Walaupun buaya raksasa itu didakwa sudah mengganas sejak 1940-an, kisah legenda Bujang Senang mula mendapat perhatian apabila ia membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman pada tahun 1982.

Serangan tersebut telah menggemparkan penduduk dan operasi mencari mayat Penghulu Bangan dilakukan selama lima hari tetapi hanya badan mayat lelaki itu ditemui. Polis Sarawak melancarkan `Operasi Buaya Ganas’ di sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas tetapi Bujang Senang gagal ditemui.

Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Borneo Talk

Bujang Senang berjaya ditangkap

Bujang Senang kemudiannya terus mengganas dan antara 1982 hingga 1991, dipercayai 13 orang lagi telah menjadi mangsa buaya raksasa itu. Kemuncak keganasan Bujang Senang berlaku pada Mei 1992 apabila haiwan itu menyambar mangsa ke-14 iaitu Dayang anak Bayang yang berusia 20 tahun ketika gadis Iban itu menyeberangi Sungai Pelaban bersama ibunya.

Berang dengan kejadian berkenaan menyebabkan puluhan penduduk Iban dan polis memburu buaya itu. Selepas kira-kira empat jam menjejaki Bujang Senang, buaya ganas itu berjaya dikepung di suatu kawasan sungai tetapi cubaan membunuhnya menggunakan lembing dan peluru biasa gagal. Seorang dukun Iban kemudian mencadangkan paku digunakan sebagai peluru dan atas nasihat itu, maka kira-kira 40 das tembakan menggunakan paku sepanjang 10 sentimeter dilepaskan ke arah Bujang Senang.

Akhirnya, riwayat Bujang Senang berakhir pada hari tersebut tetapi legenda Bujang Senang sebagai buaya raksasa di Malaysia terus subur dikenang sehingga ke hari ini.

Berikutlah lagenda di sebalik buaya raksaksa yang pernah mengganas di Sungai Batang Lupar di Sarawak pada suatu ketika dahulu.

Lagi kisah lagenda menarik buat anda di sini:

Kenali Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan
Hidangan Wajib Pada Bulan Ramadan Di Sarawak, Ketahui Kisah Menarik Disebalik Bubur Pedas
SUMBER : Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hidangan Wajib Pada Bulan Ramadan Di Sarawak, Ketahui Kisah Menarik Disebalik Bubur Pedas
Next Article Jejantas Mesra OKU Pertama Di Miri, Jejantas Tudan Dijangka Siap Mei Tahun Depan

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?