• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kes Terus Settle, Hanya Wanita Yang Memahami Wanita

Oleh
ILB - AI
24 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Kemalangan antara wanita, cepat selesai

Kes Terus Settle, Hanya Wanita Yang Memahami Wanita. Seperti yang kita tahu, jika terjadinya kemalangan jalan raya, pertelingkahan itu pasti berlaku, lebih-lebih lagi antara perempuan dan lelaki.

Terbaharu, satu rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, @jllmisai menarik perhatian warganet apabila seorang wanita menyelesaikan kes kemalangan tersebut dengan sekelip mata.

Kes terus selesai. pic.twitter.com/6aKdvJLFwy

— JalalMisai (@jllmisai) March 23, 2023

Difahamkan, seorang lagi wanita yang memandu kereta dengan dashcam ini cuba membelok ke kanan di persimpangan, manakala di hadapannya terdapat Perodua Myvi berwarna biru berada di lorong tengah, memberi isyarat untuk membelok ke kanan.

Bagaimanapun, kereta Myvi biru itu tiba-tiba masuk ke lorong kanan dan menghampiri kereta wanita yang mempunyai dashcam tersebut, lalu merempuh bahagian kiri keretanya.

Sebaik melanggar Myvi, wanita itu terdiam selama lebih 20 saat. Kemudian dia membuka tingkap dan menyelesaikan kemalangan itu dengan baik, hanya mengambil masa kurang dari 30 saat.

“Tak apa claim I punya insurans sajalah,” kata pemilik Myvi biru.

“Nak pullover (berhenti) dekat mana?,” jawab wanita mempunyai dashcam tersebut.

“Bagi signal, pastikan tiada kenderaan baru tukar Lorong” – Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan kes kemalangan ini paling cepat selesai kerana melibatkan wanita dengan wanita. Ada juga yang bersoloroh perbincangan itu semudah ‘abc’.

Dalam pada itu, segelintir warganet turut memberi tunjuk ajar mengenai bagi signal semasa memandu. Pada masa yang sama, kejadian ini membuat warganet geli hati, serta memuji wanita itu kerana tiada pergaduhan yang berlaku dan menyelesaikan dengan cara yang baik.

Kes Terus Settle, Hanya Wanita Yang Memahami Wanita
Sumber: Twitter @jllmisai
Kes Terus Settle, Hanya Wanita Yang Memahami Wanita
Sumber: Twitter @jllmisai
Kes Terus Settle, Hanya Wanita Yang Memahami Wanita
Sumber: Twitter @jllmisai

Baca juga kisah yang berkaitan:

Alami Kemalangan Semasa Tangkap Ikan, Hidung Remaja Di Ranau Ini Tertusuk Anak Panah
Kereta Terputus Dua, Anggota Polis Maut Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Di Jalan Serian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suami Isteri Disangka Gelandangan Mengemis Di Sibu, Cetus Spekulasi Di Kalangan Netizen Suami Isteri Disangka Gelandangan Mengemis Di Sibu, Cetus Spekulasi Di Kalangan Netizen
Next Article Mesra Dompet, Ini 4 Gerai Jual Nasi Lemak Kurang Daripada RM3 Di Sekitar Kuching Mesra Dompet, Ini 4 Gerai Jual Nasi Lemak Kurang Daripada RM3 Di Sekitar Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?