• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Mesra Dompet, Ini 4 Gerai Jual Nasi Lemak Kurang Daripada RM3 Di Sekitar Kuching

Oleh
ILB - AI
25 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Mesra Dompet, Ini 4 Gerai Jual Nasi Lemak Kurang Daripada RM3 Di Sekitar Kuching

Tak perlu bawa banyak, ~RM3 dah cukup

Mesra Dompet, Ini 4 Gerai Jual Nasi Lemak Kurang Daripada RM3 Di Sekitar Kuching. Ramai orang boleh bersetuju bahawa hidangan yang paling ringkas ialah nasi lemak. Namun, ia agak susah sekarang untuk mencari nasi lemak yang dijual pada harga kurang daripada RM3 🙁

Jika anda berada di Kuching dan teringin untuk mencari gerai yang menjual nasi lemak dengan hanya bajet lebih kurang RM3, berikut adalah 4 gerai di sekitar Kuching yang boleh anda kunjungi.

Mesra Dompet, Ini 4 Gerai Jual Nasi Lemak Kurang Daripada RM3 Di Sekitar Kuching

Nasi Lemak PYOR

Jika anda menggunakan Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub untuk turun bekerja, anda mungkin pernah melihat seorang lelaki menjual nasi lemak di tepi jalan di perhentian bas.

Penjual itu, Azri Alghazaly, mengendali sebuah gerai yang menjual nasi lemak RM1.50 sahaja. Gerai kecil beliau, juga dikenali sebagai Nasi Lemak PYOR, boleh dilihat di perhentian bas di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub (dari Petra Jaya ke pusat bandar Kuching) – lokasi yang sangat mudah dan strategik bagi mereka yang akan turun bekerja pada waktu pagi!

Kredit: TikTok @azri.alghazaly

Nasi Lemak Beratur Viral

Terletak di hadapan masjid di Desa Ilmu, Samarahan, penduduk Desa Ilmu boleh singgah ke gerai ini untuk menikmati nasi lemak murah sebelum turun bekerja atau menghantar anak ke sekolah.

Untuk nasi lemak biasa harganya ialah RM1.50, kalau nak yang extra sikit berlauk tu harganya pula adalah RM 3 sahaja. Antara menu nasi lemak berlauk adalah sambal udang, petai, ayam berempah, kerang, sotong dan banyak jenis lauk. Untuk RM3, memang berbaloi juga!

Kredit: FB Puteri Aqla
Kredit: FB Puteri Aqla
Kredit: FB Puteri Aqla

Stall Kak Rosz

Bagi mereka yang berada di kawasan Taman Sukma, anda boleh singgah ke Stall Kak Rosz yang terletak di Lorong Juara 2, Taman Sukma.

Selain nasi lemak RM2, anda boleh juga menikmati menu lain seperti nasi lemak berlauk ayam atau ayam rendang masing-masing RM4, serta hidangan lain yang dijual pada harga yang murah dan berpatutan.

Kredit: FB Kathy Kathz
Kredit: FB Kathy Kathz

Mama’s Lil Kitchen @ Jalan Kampung Punau, Jalan Puncak Borneo

Bagi mereka yang turun dari Jalan Puncak Borneo, akan ada satu gerai dengan bumbung biru di tepi jalan – sesuai untuk mereka yang akan turun ke bandar untuk bekerja atau menghantar anak ke sekolah.

Selain menjual nasi lemak biasa dengan harga RM2, mereka juga menjual nasi goreng biasa dengan harga RM2 juga. Anda juga boleh memesan lebih awal dan hanya ambil pesanan anda ala2 Drive Thru supaya anda tidak perlu singgah dan pergi ke gerai secara fizikal untuk membeli makanan anda!

Kredit: FB Connie Camilia Grace II
Kredit: FB Connie Camilia Grace II
Kredit: FB Connie Camilia Grace II

Ketahui port nasi lemak viral yang lain:

Kuasa Media Sosial, Netizen Hadir Sokong Jualan Nasi Lemak Malam Di BDC Kuching
Buat Pemburu Nasi Lemak Malam, Anda Wajib Cuba Nasi Lemak Mak Wan Di TT3 Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Terus Settle, Hanya Wanita Yang Memahami Wanita
Next Article Ini 5 Pelan Internet Pra-Bayar Super Murah, Jimat Dan Rahmah Untuk 2023

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?