• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kesal Dituduh Culik Anak Angkat, Noh Salleh Akhirnya Tampil Buka Mulut

Oleh
Aina Musa
15 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kesal Dituduh Culik Anak Angkat, Noh Salleh Akhirnya Tampil Buka Mulut

Akhirnya hormati keputusan mahkamah, Musa diserah kepada Mizz Nina

Kesal Dituduh Culik Anak Angkat, Noh Salleh Akhirnya Tampil Buka Mulut. Selepas lama berdiam diri, penyanyi Noh Salleh akhirnya tampil membersihkan nama setelah didakwa melarikan anak angkatnya, Musa, daripada bekas isterinya, Mizz Nina.

Menurut Noh, 39 tahun, tiada sebarang insiden penculikan yang berlaku. Hal ini kerana Musa telah diambilnya secara sah, dan kini berada di bawah jagaannya dengan selamat.

Kesal Dituduh Culik Anak Angkat, Noh Salleh Akhirnya Tampil Buka Mulut. Sumber: Facebook

“Saya mahu menyangkal cerita tentang penculikan anak itu. Tiada penculikan langsung. Musa telah diserahkan oleh ibu kandungnya untuk saya jaga dengan rela hati. Kepercayaan diberikan kepada saya mengikut dokumen dan undang-undang yang sah. Sekarang, Musa memang di bawah jagaan saya. Dia gembira bersama saya,” kata Noh.

Noh juga menangkis dakwaan kononnya beliau ditangkap pihak berkuasa, seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Vokalis kumpulan Hujan itu didakwa menculik Musa dari jagaan Mizz Nina dengan bantuan pembantu rumahnya.

Namun, Noh menjelaskan bahawa dirinya tidak ditangkap. Beliau hanya dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dengan memberi kenyataan.

“Tiada penangkapan. Saya hanya pergi ke balai untuk memberi kenyataan. Tidak ada pemakaian borgol atau penahanan dalam lokap. Polis minta kerjasama, dan saya beri. Mereka faham keadaannya. Memang tiada unsur jenayah atau penculikan,” kata Noh.

Noh juga sudah berusaha menghubungi bekas isteri, Mizz Nina serta ahli keluarga yang lain untuk membincangkan hal berkaitan penjagaan anak angkat mereka, Musa. Ini dilakukannya dengan niat mahu berdamai demi kebaikan Musa.

“Kita sudah cuba macam-macam, hubungi pihak sebelah sana sebab semuanya untuk Musa. Saya buang ego dengan menghubungi bekas isteri tetapi gagal. Saya juga sudah hubungi orang sekeliling tetapi entah kenapa tidak berjaya. Kalau boleh nak berdamai dan curahkan kasih sayang kepada Musa,” kata Noh lagi.

Baca lagi artikel menarik:

Sempena CATS DAY OUT, Sumbangan Diberi Kepada Yang Memerlukan Di Kuching
Persoal Berbilion Dana Kerajaan, Ibu Bapa Kumpul RM1 Beli Kipas Sekolah Daif Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching
Next Article Lelaki Tergamam, Bakal Isteri Minta Tanggung Tiket Penerbangan Rombongan Keluarga Dari Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?