Letak Kon, Pasu Bunga, Kerusi Untuk Cop Parkir, Orang Awam Boleh Buat Aduan
Cop Parkir Sesuka Hati Dikira Satu Kesalahan Bawah Akta JPJ. Mesti anda selalu berhadapan dengan situasi di mana anda benar-benar memerlukan tempat letak kereta namun selalu diberi harapan palsu sebab ada orang “cop parking”, kan?
Kadang-kadang ada kon, ada kerusi, ada pasu bunga, siap ada tanda “RESERVED” atau “LOADING BAY”. Sejak bila pula?
Sabah Sarawak pun tidak terlepas kes sebegini sampai ada yang bermasam muka, lebih dahsyat lagi sampai bertumbuk gara-gara satu petak parking. Hmm..
Tahukah anda bahawa perbuatan “cop parking” ini merupakan satu kesalahan? Meletakkan sesuatu atau menghalang petak meletak kenderaan secara sengaja merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan ini boleh didenda sebanyak RM 2,000 atau penjara sehingga 6 bulan. Namun, jika didapati individu tersebut melakukan kesalahan yang sama buat kali yang kedua, denda sebanyak RM4,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Eii, sia-sia masuk penjara sebab cop parking, betul tak?
Kalau nak buat aduan ada orang cop parkir macam mana ya?
Orang awam boleh mengemukakan aduan berkenaan masalah ini melalui beberapa saluran.
1. Melalui Whatsapp
Anda boleh menghantar aduan anda beserta bukti ke talian Whatsapp +6013-449 8997 atau link terus ke Whatsapp Aduan JPJ di https://t.co/BhEscew2Pl
2. Emel ke [email protected]
3. Terus Call di Talian 03-8886 6412
Kepada individu yang suka cop parkir tu, hentikan perbuatan tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. Jadilah pemandu yang berhemah, okay? Bertimbang rasa tak susah gaiss.
Bak kata pepatah, buat baik dibalas baik. Peace!