• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Cadang Perkenal Sendiri Sistem Peperiksaan Tahun Enam Ala UPSR

Oleh
Farisha
1 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak bakal perkenal sendiri ujian untuk pelajar tahun enam

Sarawak Cadang Perkenal Sistem Peperiksaan Tahun Enam Ala UPSR. Sarawak berazam membangunkan peperiksaan penilaian khusus bagi Tahun Enam di semua sekolah kerajaan, menurut seorang menteri Sarawak.

Memetik laporan, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Roland Sagah Wee Inn menyatakan bahawa penilaian itu menyerupai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), yang dimansuhkan Kementerian Pendidikan pada 2021.

Sarawak Cadang Perkenal Sistem Peperiksaan Tahun Enam Ala UPSR
Sarawak Cadang Perkenal Sistem Peperiksaan Tahun Enam Ala UPSR. Sumber foto: bernama

“Perkara ini bergantung kepada dasar persekutuan. Bagaimanapun, kami di Sarawak akan berusaha untuk mempunyai sistem penilaian sendiri.

“Ini kerana kita percaya itu satu-satunya kaedah untuk kita mengetahui prestasi sebenar pelajar,” katanya dalam satu program, menurut sumber.

Tidak meletakkan pelajar secara rawak dalam aliran sains atau sastera

Dalam pada itu, Sagah turut menekankan kepentingan penilaian dalam memutuskan sama ada murid terbabit perlu diletakkan dalam aliran sains atau sastera.

Malah, beliau turut berkata, jika meletakkan secara rawak dalam aliran yang tidak bersesuaian, ia akan menambah kesulitan kepada pelajar.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerajaan persekutuan menjalankan tinjauan seluruh negara bagi mengumpul pandangan dan input bagi pelan itu.

Untuk makluman, sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilapor berkata kementerian sedang memberi tumpuan terhadap Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027, bagi membangunkan kurikulum baharu sekolah.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan berita terkini:

Raja Permaisuri Agong Berkenan Jadikan Anak Sarawak Hidap Sindrom Werewolf Ini Sebagai Anak Angkat
Kenali Etnik Kiput Sarawak, Suku Kaum yang RARE Masa Kini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cop Parkir Sesuka Hati Dikira Satu Kesalahan Bawah Akta JPJ Cop Parkir Sesuka Hati Dikira Satu Kesalahan Bawah Akta JPJ
Next Article Hanya RM7.90 Sekilo, KPDN Sarawak Tawar Ayam Dengan Harga Rahmah Setiap Jumaat Hanya RM7.90 Sekilo, KPDN Sarawak Tawar Ayam Dengan Harga Rahmah Setiap Jumaat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?