• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui 5 ‘Jajan’ Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya

Oleh
Aina Musa
22 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Ketahui 5 'Jajan' Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya

Snek pilihan warga sarawak setiap kali hari raya

Ketahui 5 ‘Jajan’ Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya. Hari Raya Aidilfitri merupakan satu lagi perayaan yang dinanti-nantikan di Malaysia. Di Sarawak, selain daripada menikmati hidangan juadah raya yang lazat, terdapat juga 5 ‘jajan’ atau snek terkenal yang pasti membuatkan perayaan anda lebih meriah. Jom ketahui lebih lanjut mengenai jajan-jajan tersebut.

Isi Isi Penting
  • 1. Sotong Merah
  • 2. Snek Ikan Dahfa
  • 3. Kek lapis
  • 4. Air menet
  • 5. Air bekarbonat

1. Sotong Merah

Sotong merah bergula atau ‘suntong’ merah ini antara snek raya yang paling ‘hype’ di Sarawak. Bagi masyarakat di Sarawak, mereka yang menghidangkan juadah ini di atas meja dianggap ‘orang berada’ kerana harganya boleh mencecah sehingga RM 100 sekilo.

Ketahui 5 'Jajan' Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya
Ketahui 5 ‘Jajan’ Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya. Kredit: Facebook

Rasanya yang sedikit pedas dan manis menjadikan snek ini menjadi kegemaran tetamu yang bertandang. Namun, tidak semua rumah di Sarawak menghidangkan sotong merah ini kerana harganya yang mahal.

2. Snek Ikan Dahfa

Selain snek sotong tadi, snek ikan dahfa juga cukup terkenal di Sarawak. Hampir setiap rumah ada menghidangkan snek ikan ini. Tetapi harganya tidak lah semahal sotong merah. Kebiasaanya, snek ikan dahfa ini dijual pada harga RM 15 ke bawah untuk satu bungkusan besar.

Ketahui 5 'Jajan' Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya

Rasanya yang sedap dan masin membuatkan snek ini menjadi pilihan hidangan tetamu semasa hari raya,

3. Kek lapis

Apalah makna beraya di Sarawak kalau tidak menikmati ataupun menghidangkan hidangan kek lapis di atas meja buat tetamu. Hidangan kek lapis ini wajib dihidangkan di setiap rumah di Sarawak.

Ketahui 5 'Jajan' Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya

Di sinilah anda akan ‘menyaksikan’ kehebatan dan pilihan kek lapis yang pelbagai dari segi rupa dan rasa.

4. Air menet

Dah puas makan, mesti nak minum pula kan? Di Sarawak, tetamu biasanya akan dihidangkan dengan air menet.

Air ‘lemenet’ atau air gas ini merupakan air berkarbonat yang beraneka perisa. Nak lagi ’legend’, anda akan jumpa tuan rumah yang menghidangkan anda air lemenet dalam botol kaca. Uniknya, botol kaca ini akan dikitar semula dan perlu dipulangkan kepada pengeluar untuk mereka menghasilkan air lemenet yang baru.

5. Air bekarbonat

Disebabkan kesukaran mendapatkan air menet dalam botol kaca, rata-rata orang Sarawak kini menggantikannya dengan air bikarbonat F&N, Cola dan sebagainya. Jangan terkejut sekiranya anda beraya di Sarawak dihidangkan dengan air bergas!

Baca lagi artikel menarik:

Hanya Di Sarawak, Tradisi Pakai Baju Raya 7 Hari Berturut-Turut Kekal Hingga Kini
Ini Resepi Daging Masak Hitam Sarawak, Menu Istimewa Di Pagi Hari Raya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syarikat Penerbangan Sarawak Akan Mula Beroperasi Selepas Memperoleh 4 Buah Pesawat Syarikat Penerbangan Sarawak Akan Mula Beroperasi Selepas Memperoleh 4 Buah Pesawat
Next Article Ada 23 Jenis Kek Lapis, Netizen Kagum Dengan Hidangan Raya Di Rumah Lelaki Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?