• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan ‘Underrated’ Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
26 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan 'Underrated' Di Sarawak

Anda wajib tahu 5 jenis makanan ini

Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan ‘Underrated’ Di Sarawak. Sarawak memiliki pelbagai etnik yang berbeza. Namun, masyarakat hidup serumpun dan sentiasa saling menghormati satu sama lain. Secara umumnya, masyarakat Dayak terbahagi kepada dua etnik iaitu Dayak Bidayuh dan juga Dayak Iban.

Isi Isi Penting
  • 1. Asam Siok
  • 2. Sambal belacan
  • 3. Sup Ponas
  • 4. Bunga durian goreng
  • 5. Pangkang
Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan 'Underrated' Di Sarawak
Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan ‘Underrated’ Di Sarawak. Kredit foto: Tilaga Subramaniam

Kaum ini turut memiliki makanan tradisional mereka sendiri, biarpun Bidayuh dan Iban dari rumpun yang sama, namun dari segi penyediaan makanan, ia memiliki sedikit perbezaan. Antara hidangan tradisi masyarakat Bidayuh yang masih dikekalkan sehingga hari ini namun jarang diketahui oleh masyarakat lain adalah seperti berikut:

1. Asam Siok

Asam siok ini merupakan beras yang dimasak bersama ayam dan menggunakan buluh sebagai salah satu bahan utama. Ia merupakan antara makanan tradisi makanan Bidayuh yang begitu terkenal.

Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan 'Underrated' Di Sarawak

Buluh digunakan sebagai medium untuk memasak ayam dan beras. Hidangan ini begitu jarang dikenali oleh masyarakat Sarawak, namun asam siok ini seakan manok pansoh yang berasal dari Iban. Walaubagaimanapun, asam siok ini merupakan hidangan versi masyarakat Bidayuh.

2. Sambal belacan

Orang Bidayuh juga mempunyai sambal belacan versi Bidayuh yang berbeza dengan sambal belacan masyarakat Melayu. Sambal belacan masyarakat Bidayuh terdiri dari ikan bilis, belacan dan cili padi sahaja.

Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan 'Underrated' Di Sarawak

Bahan – bahan tersebut ditumbuk kasar bersama – sama kecuali bawang merah. Ia boleh dimakan bersama ulam – ulaman seperti timun, salad dan pelbagai jenis ulam yang lain.

3. Sup Ponas

Sup ponas menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama dan merupakan antara makanan tradisi masyarakat Bidayuh. Ubi kayu yang digunakan perlu diparut terlebih dahulu bagi menghasilkan rasa yang tersendiri.

Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan 'Underrated' Di Sarawak

Antara lain yang dicampurkan adalah serai, bawang putih, cili serta bahan – bahan lain yang dapat menambahkan rasa yang lebih enak dalam sup ponas.

4. Bunga durian goreng

Bunga durian antara makanan tradisi masyarakat Bidayuh yang begitu ringkas tetapi sedap. Hidangan ini biasanya hanya boleh didapati semasa musim durian sahaja kerana pada musim – musim lain, tiada bunga durian dapat diperolehi.

Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan 'Underrated' Di Sarawak

Bunga durian ini digoreng bersama ikan bilis atau belacan. Rasanya agak unik berbanding sayuran lain.

5. Pangkang

Pangkang pula jika dilihat seakan – akan lemang kerana ianya dimasak menggunakan buluh. Namun, cara untuk membuatnya juga tidak jauh beza dari membuat lemang, tetapi pangkang tidak menggunakan daun pisang sebagai pembalut di bahagian dalam buluh.

Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan 'Underrated' Di Sarawak

Hidangan ini juga menggunakan hanya sedikit santan sahaja. Untuk membuat pangkang, beras pulut akan dimasukkan ke dalam buluh bersama sedikit santan. Ia kemudiannya akan dibakar menggunakan kayu api sehingga masak.

Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan 'Underrated' Di Sarawak

Setelah siap dibakar, kulit luar buluh akan dikupas sedikit bagi memudahkan pangkang dikeluarkan hanya menggunakan tangan dengan hanya menarik kulit buluh tersebut. Pangkang ini biasanya dimakan bersama lauk pauk atau boleh dimakan begitu sahaja. Jika pangkang yang dimakan tidak habis, kulit buluh tersebut boleh diikat supaya isi pulutnya tidak terdedah.

SUMBER :Saji.My
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Next Article Bersalin Sewaktu Ingin Ke Tandas, Bayi Diberi Nama ‘Little Nugget’ Selepas Lahir Di McDonald’s

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?