I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan

Oleh Nazihah AN
26 November 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan

Menurut penduduk, ianya adalah hantu Pocong versi Borneo.

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan. Boyan Kayong, satu legenda hantu bangkit (juga disebut sebagai orang kayong) yang cukup misteri di Sarawak.

Pada tahun 1990 di Sarawak, terkenal dengan sebuah kisah mengenai dengan hantu Kayong yang dikatakan mungkin ada kena mengena dengan masyarakat perkampungan di Sarawak iaitu orang Kayong mahupun orang Boyan.

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan. Gambar sekadar hiasan.

Walaupun ianya hanya sekadar mitos, tak salah kalau kita mengambil tahu, kan?

Masyarakat Melayu Sarawak amat memilih apabila berbicara tentang memilih bakal menantu. Dan kebiasaannya satu proses yang panjang diperlukan bagi menghindari masyarakat Kayong menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Hal ini kerana ada yang percaya bahawa hantu bangkit akan menjadi legasi keturunan mereka, kerana adanya tanggapan sedemikian menyebabkan masyarakat Kayong berkahwin sesama diri mereka bagi mengelakkan kecelaruan antara masyarakat Melayu pada zaman dahulu.

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Gambar sekadar hiasan.

Jadi, ramai rakyat yang berbangsa Melayu dari kerajaan-kerajaan lama ini telah berhijrah dan membentuk masyarakat Melayu Sarawak yang kita dapati di Sarawak pada masa kini. Cerita masyarakat Kayong dengan mitos mistik hantu Bangkit ini bermula di sebuah kampung di Tanah Kayong.

Pada suatu masa dahulu terdapat sebuah kampung yang sentiasa dalam keadaan gelap dan sukar untuk memperoleh cahaya matahari kerana kampung tersebut dikatakan terletak di bawah pohon gergasi sehingga dahan-dahannya telah menutup ruangan hingga cahaya sukar untuk menembusi kampung tersebut.

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Gambar sekadar hiasan.

Pohon gergasi hingga dapat menutup satu kampung dari cahaya matahari

Hal ini telah menjadi satu kebimbangan para penduduk, maka bermesyuaratlah mereka untuk memikirkan jalan yang sebaiknya agar mereka dapat cahaya matahari. Lalu mereka membuat keputusan untuk menebang pohon gergasi tersebut. Keputusan itu juga turut dipersetujui oleh ketua kampung mereka.

Lalu 7 lelaki gagah perkasa di kampung tersbeut telah bertindak untuk menebang pohon secara bergilir dengan menggunakan kapak. Namun, mereka semua merasa hairan apa yang dilakukan oleh 7 lelaki tersebut tidak menampakkan apa-apa hasil, dan tiada sebarang kesan pun terhadap pohon tersebut.

Dikala mereka semua pasrah, tiba-tiba kedengaran suara datang dari pohon gergasi tersebut. Pohon tersebut memberi amaran kepada penduduk kampung bahawa barangsiapa yang mencuba untuk menebang pohon tersebut, maka mereka akan disumpah bangkit dari kematian selama 7 hari selama 7 keturunan.

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan

Lalu ketujuh-tujuh lelaki perkasa tersebut merasa tercabar dengan amaran yang diberikan oleh pohon tersebut. Mereka dengan marahnya bertindak untuk menebang pohon tersebut tanpa mempedulikan amaran yang telah diberikan.

Setelah berhempas pulas untuk menebang pohon tersebut, akhirnya pohon itu pun jatuh menyembah bumi. Tujuh lelaki perkasa tersebut merasa puas dan menyangkakan bahawa apa yang diperkatakan pohon tersebut hanya mengada-ngada.

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan

Terkejut apabila lihat kelibat mayat hidup berlegar-legar di kawasan kampung

Setelah kejadian itu, lelaki ke-7 yang menebang pohon tersebut telah meninggal dunia secara mengejut dan dikebumikan seperti biasa. Tanpa ketahui nasib yang bakal dihadapi, penduduk juga sudah lupa tentang sumpahan pohon gergasi tersebut.

Pada waktu malam hari selepas pengebumian tersebut, kedengaran bunyi riuh rendah di dalam rumah lelaki ke-7 tersebut apabila keluarga si mati dan penduduk kampung tersebut terkejut melihat si mati balik ke rumah walaupun sudah dikuburkan pada waktu petang.

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan. Gambar hanya sekadar hiasan

Maka bermulalah malam-malam seterusnya di mana penduduk melihat kelibat si mati tersebut berlegar-legar di kawasan kampung ingin menuju ke rumahnya selama 7 malam berturut-turut. Boleh dikatakan si mati kerap menjenguk ke rumah keluarganya dan saudara-maranya apabila terdapat kesan tanah kubur di lantai dan tangga rumah.

Berbalik kepada cerita keenam-enam lelaki yang lainnya, merasa ketakutan dalam diri mereka akan nasib yang bakal menimpa mereka sama seperti lelaki ke-7 tersebut. Mengambil iktibar dari peristiwa tersebut, enam pemuda tersebut telah berpindah dari kampung tersebut dan mengembara membawa diri sehinggalah membentuk sebuah masyarakat Melayu di Sarawak.

Antara tujuannya adalah untuk menghindarkan diri mereka sendiri daripada sumpahan tersebut. Begitulah mitos mistik Hantu Kayong bermula. Walaupun ianya hanyalah sekadar mitos, mungkin ada kisah sebenarnya di sebalik sumpahan misteri tersebut. Wallahualam..

Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Gambar hanya sekadar hiasan
SUMBER :ML Studios
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penutupan Separuh Jalan Bagi Kerja Memotong Pokok Di Bulatan Jalan Setia Raja Mulai 27 Nov – 4 Dis
Next Article Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan 'Underrated' Di Sarawak Ketahui 5 Jenis Makanan Kaum Bidayuh Yang Sedap Dan ‘Underrated’ Di Sarawak

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?