• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Adat Ngiling Bidai, Upacara ‘Gulung Tikar’ Penutup Perayaan Gawai

Oleh
Ismail NA
30 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ketahui Adat Ngiling Bidai, Upacara ‘Gulung Tikar’ Penutup Perayaan Gawai. Perayaan Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak dan sebahagian Kalimantan Barat seperti di kawasan Pontianak.

Kebiasaannya, penghujung bulan Gawai akan ditutup dengan upacara menggulung tikar atau ‘ngiling bidai’. Ia mesti dilakukan sejurus selepas tamat sebulan perayaan Gawai. Upacara ini lebih kurang sama seperti perayaan Chap Goh Mei untuk perayaan kaum Cina.

Ketahui Adat Ngiling Bidai, Upacara 'Gulung Tikar' Penutup Perayaan Gawai
Ketahui Adat Ngiling Bidai, Upacara ‘Gulung Tikar’ Penutup Perayaan Gawai

Perbezaan ‘Ngiling Tikai’ dan ‘Ngiling Bidai’

Terdapat dua istilah yang sering didengar berkaitan penutup hari Gawai iaitu ‘ngiling bidai’ dan ‘ngiling tikai’.

Ngiling bidai adalah istilah yang digunakan untuk penutup perayaan Gawai yang lebih besar seperti Gawai Kelingkang, Gawai Kenyalang dan banyak lagi. Ianya dilaksanakan dalam masa 2 hingga 3 malam sehingga ia digulung semasa majlis keramaian dan penutupan. Kebiasaannya, ‘bidai’ yang dihampar di ruai semasa perayaan ini diperbuat daripada rotan dan kulit kayu.

Ngiling tikai pula adalah istilah untuk perayaan Gawai yang lebih kecil seperti Gawai Dayak. Tikai pula diperbuat daripada tumbuhan bemban dari jenis Donax andurastrum, rotan dan tumbuhan lain yang boleh dijadikan tikar.

Ketahui Adat Ngiling Bidai, Upacara 'Gulung Tikar' Penutup Perayaan Gawai
Tikar bemban yang bercorak Iban.

Tujuan upacara ‘Ngiling bidai’

Tujuan utama upacara ‘ngiling bidai’ ini diadakan adalah untuk memaklumkan petara (tuhan) atau antu (semangat) bahawa perayaan Gawai Dayak telah berakhir. Dengan melakukan upacara ini, ianya memberi isyarat dengan cara terhormat kepada semangat yang masih berkeliaran di sekitar rumah panjang dan seterusnya membolehkan penduduk rumah panjang hidup dengan aman.

Ritual ngiling bidai ini tidak semestinya melakukan perbuatan menggulung tikar kerana ia hanyalah simbolik yang melambangkan bahawa perkumpulan telah tamat.

Upacara ngiling bidai ini merangkumi 8 bahagian ritual persembahan kepada petara dan penyembelihan seekor ayam untuk tujuan yang sama.

Ketahui Adat Ngiling Bidai, Upacara 'Gulung Tikar' Penutup Perayaan Gawai
Burung Nendak yang membawa kesihatan yang baik dan kesejahteraan untuk keluarga Iban.

Menurut kepercayaan orang-orang tua, tikar yang digunakan selepas perayaan haruslah digulung terus bagi mengelakkan ia didatangi oleh haiwan seperti anjing dan burung. Jika dilihat dari segi logik, ia sebenarnya adalah bagi memastikan kebersihan selepas tamatnya upacara gawai.

Lagi info berkaitan perayaan Gawai yang perlu anda ketahui:

SUMBER :Utusan BorneoTun Jugah FoundationThe Tuyang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerja Di Lembaga Pengurusan Penyu Kena Arif Tentang Islam, Lelaki Ini Pertikai Syarat Jawatan Kosong Tidak Relevan ‘Penyu Pun Kena Azan Ke?’ – Lelaki Ini Pertikai Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching
Next Article Beriadah Sambil Menikmati Keindahan Alam Semulajadi Di Adis Buan Resort, Bau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?