I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo

Oleh Nur Afifah 1 Jun 2022
Kongsi
8 Min Bacaan

Selamat Ngintu Ari Gawai Dayak, Tadau Tagazo Do Kaamatan!

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo. Memasuki hujung Mei dan awal Jun merupakan waktu yang penting dan besar buat masyarakat peribumi di Borneo. Mana tidaknya, pada waktu ini, musim menuai padi telah pun tamat. Hasil tuaian pula sudah sedia untuk disimpan atau dijual, menandakan masyarakat yang mengerjakan tanaman padi sebagai aktiviti utama bakal menerima mata pencarian yang banyak dan melimpah ruah.

Namun, tahukah anda apa perayaan yang disambut oleh masyarakat asli di Sabah dan Sarawak sempena hasil tuaian padi ini? Jom sama-sama kita kenali 5 perayaan pesta menuai yang disambut di Borneo.

1. Gawai Dayak

Perayaan Gawai Dayak adalah perayaan besar-besaran yang biasanya diraikan di Sarawak oleh majoriti bangsa Dayak iaitu Iban dan Bidayuh. Malah, di sesetengah tempat, masih ada suku kaum Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah yang turut menyambut perayaan ini selain masyarakat Dayak di kawasan Kalimantan, Indonesia.

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo
Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo

Untuk pengetahuan anda, Gawai bermaksud Pesta manakala Dayak merujuk kepada kaum yang menyambut perayaan ini. Secara amnya, perayaan ini merupakan perayaan dan sambutan buat kaum ini sekaligus menandakan pengakhiran musim menuai padi dan musim yang baharu akan bermula. Perayaan ini diisytiharkan sebagai perayaan rasmi secara besar-besaran di Sarawak sejak tahun 1964 dengan sambutan besar-besaran pertama diadakan pada 1 Jun 1964.

Daripada hasil padi yang banyak semasa awal bulan Mei, masyarakat Dayak menggunakan sumber ini untuk menghasilkan pelbagai jenis minuman dan makanan seperti tuak, kuih sarang semut, kuih sepit dan acuan.

5 Perayaan Pesta Menuai Yang Diraikan Di Borneo, No. 3 Mesti Ramai Tak Tahu

Sama seperti bulan Syawal untuk umat Muslim yang menyambut Hari Raya, perayaan Gawai Dayak ini juga berlangsung selama sebulan iaitu daripada hujung bulan Mei sehinggalah penghujung bulan Jun. Hari pertama sambutan ini adalah pada 31 Mei, diikuti hari kedua pada 1 Jun di mana upacara Miring atau persembahan kepada ‘petara’ atau tuhan yang bertujuan untuk memberkati, melindungi, membawa kebahagian, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat Iban.

Sambutan Gawai ini berlangsung sehinggalah akhir bulan tersebut yang akan ditutup dengan upacara ngiling tikai atau menggulung tikar.

5 Perayaan Pesta Menuai Yang Diraikan Di Borneo, No. 3 Mesti Ramai Tak Tahu

2. Tadau Kaamatan

Tadau Kaamatan atau Pesta Kaamatan pula merupakan pesta amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai musim menuai padi. Dalam masyarakat Kadazan, pesta ini dipanggil sebagai Magavau.

Pesta Kaamatan merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambarayon” iaitu semangat padi. Pada zaman dahulu, masyarakat Kadazan Dusun yang pagan dikatakan telah mengalami bencana dan kebuluran teruk. Simpati akan nasib yang menimpa kaum ini, semangat yang maha kuasa yang dipanggil Kinorohingan dan Suminundu mengorbankan seorang demi seorang anak gadis jelita mereka, Huminodun untuk disemadikan kepada semangat bumi.

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo

Setelah itu, persemadian Huminodun di bumi telah mengeluarkan hasil tanaman dengan banyak sekali terutamanya padi untuk makanan masyarakat Kadazan Dusun. Semangat daripada padi inilah yang digelar sebagai Bambarayon dan disambut dengan mengadakan Pesta Kaamatan bagi memperingati pengorbanan dewa Kinorohingan yang sanggup mengorbankan anak gadisnya.

Semasa Pesta Kaamatan, biasanya ia akan diraikan dengan pukulan gong, persembahan tarian, pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau, pertandingan nyanyian Sugandoi, pakaian beragam, pertandingan bina badan untuk lelaki dan sebagainya.

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo
Unduk Ngadau Tambunan 2021. Kredit : Borneo Post

Perayaan ini telah diisytiharkan sebagai perayaan rasmi negeri Sabah oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah yang pertama, Tun Haji Mohamad Fuad Stephens sejak tahun 1960.

3. Do Ledoh

Perayaan Do Ledoh pula merupakan perayaan menuai yang disambut oleh masyarakat Kayan terutamanya di kawasan Belaga. Do Ledoh diraikan oleh kaum Kayan bagi memperingati Dewi Doh Tenangan kerana memberikan mereka hasil tanaman yang baik dan bagus.

Berbeza dengan perayaan menuai yang lain, Do Ledoh dirayakan pada bulan April atau bergantung kepada ketua rumah panjang kawasan masing-masing. Perayaan ini hampir-hampir dilupakan sejak tahun 1989 kerana ketua rumah panjang Kayan di Belaga pada ketika itu mengenepikan sambutan Do Ledoh kerana Gawai telah rasmi disambut di seluruh Sarawak pada 1 Jun setiap tahun. Sejak dari itu, perayaan Do Ledoh semakin ditelan zaman, apatah lagi setelah generasi kaum Kayan memeluk agama Kristian.

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo

Namun begitu, Do Ledoh kembali disambut sekitar tahun 2015 oleh masyarakat Kayan di Belaga dan Sungai Asap (kecuali Kayan Tubau) bagi mengekalkan tradisi kaum ini.

Antara aktiviti yang diadakan semasa perayaan Do Ledoh ini adalah seperti ‘ngayo’, tarian yang dipersembahkan setelah melakukan aktiviti memburu kepala musuh, tarian tradisional ‘ngajat’, dan ‘parap’, persembahan dikir tradisi Kayan.

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo
Tarian masyarakat Kayan semasa perayaan Do Ledoh.
Kredit : meimeichu.com

4. Irau Aco

Mesti ramai yang tak pernah dengan tentang Irau Aco kan? Irau Aco merupakan satu perayaan besar dan utama yang duntuk masyarakat Lun Bawang di Sarawak. Semasa perayaan ini, kebiasaannya masyarakat asal usul Lun Bawang seperti kaum Lun Dayeh di Sabah, Murut, dan Lun Lod dari sekitar Brunei dan Indonesia akan berkumpul di Lawas untuk turut sama meraikan pesta ini bersama saudara serumpun mereka.

Pada asalnya, perayaan ini adalah perayaan sempena penuaian padi namun kini, seiring dengan peredaran zaman, perayaan ini lebih kepada suatu sambutan untuk mempamerkan budaya dan kesenian masyarakat Lun Bawang. Contohnya seperti tarian kebudayaan, perarakan kaum, ngiup suling atau pancaragam buluh, persembahan angklung, pertandingan ratu cantik dan sebagainya. Terdapat juga jualan kraftangan tradisi masyarakat Bidayuh serta makanan tradisional yang memeriahkan lagi sambutan Irau Aco ini.

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo
Kredit : FB Ruran Ulung & Padan Liu Burung
Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo
Kredit : kamekoranglunbawang.com

Pertandingan yang sinonim dengan perayaan Irau Aco ini adalah “Ruran Ulung” dan “Padan Liu Burung”. “Ruran Ulung” merupakan pertandingan ratu cantik wanita untuk masyarakat Lun Bawang manakala “Padan Liu Burung” merupakan pertandingan untuk jejaka Lun Bawang.

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo
Top 5 Ruran Ulung Irau Aco Lun Bawang 2019.
Kredit : Wiss Click via FB Ruran Ulung & Padan Liu Burung

5. Pesta Mongulok

Pesta Mongulok ini adalah bahasa kaum Rungus di Sabah untuk pesta menuai padi. Pesta ini lebih kurang sama dengan Tadau Kaamatan kerana aktiviti yang diadakan adalah seperti bergotong royong, pertandingan memukul gong, serta pertandingan makanan tradisi seperti tapai dan jeruk.

Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo
Masyarakat Rungus dan pakaian tradisi mereka. Kredit : Sabah Tourism

Bukan itu sahaja, Pesta Mongulok ini juga dimeriahkan dengan persembahan tarian mongigol sumundai dan jamuan makan bintanok atau jamuan makan tengah hari. Perayaan ini disambut oleh suku kaum Rungus di Sabah.

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang perayaan menuai ini? Baca artikel ini pula :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Prank' Tak Kena Tempat, Bazir 25 Balang! Netizen Bengang Pelanggan Pesan Biskut Demi Konten Youtube ‘Prank’ Tak Kena Tempat, Bazir 25 Balang! Netizen Bengang Pelanggan Pesan Biskut Demi Konten Youtube
Next Article Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Anda Memulakan Aktiviti Hiking

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?