• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah ‘Hack’ Mudah Ini

Oleh
Ismail NA
6 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Uishh! Boleh buat ‘downpayment’ kereta.

Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah ‘Hack’ Mudah Ini. Kalau dah terkena racun Shopee, memang susah nak tepis kan? Nak tak nak, kalau dah teringin sangat, melayang juga beberapa ringgit untuk mendapatkan barangan yang kita inginkan.

Isi Isi Penting
  • Uishh! Boleh buat ‘downpayment’ kereta.
  • Tak perlu tahu ‘coding’, cuma salin dan tampal sahaja.
  • Nak tengok perbandingan harga di Shopee? Boleh cuba cara ini juga :
  • Hutang PTPTN pun boleh bayar guna Shopee tau! Baca artikel ini :

Tapi, pernah kah anda terfikir berapa banyak wang telah dibelanjakan di platform beli belah dalam talian yang popular di Asia Tenggara ini?

Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah 'Hack' Mudah Ini
Kredit foto : Sea Ltd

Tak perlu tahu ‘coding’, cuma salin dan tampal sahaja.

Menerusi laman sesawang komuniti pembangun perisian, Github, beberapa individu yang dikenali sebagai epool86, azizimusa dan muaz234 telah memuat naik cara untuk ‘hack’ akaun Shopee anda agar anda mengetahui jumlah perbelanjaan keseluruhan sejak dari pembelian pertama anda di aplikasi tersebut.

Ternyata, ia tidak lah sesusah mana! Tak perlu tahu bahasa pengaturcaraan, hanya perlu salin dan tampal sahaja.

Langkah 1 : Log masuk ke akaun Shopee anda di komputer menggunakan pelayar seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.

Langkah 2 : Salin dan tampal kod ini.

var total = 0; var order = 0; function calculate(next){var opts = {method: ‘GET’, headers: {} };

fetch(‘https://shopee.com.my/api/v4/order/get_order_list?limit=5&list_type=3&offset=’+next, opts).then(function (response) {

return response.json(); }).then(function (body) {var next_offset = body.data.next_offset; if(next_offset >= 0){for (let [key, value] of Object.entries(body.data.details_list)) {var total_temp = value.info_card.final_total / 100000; total += total_temp; order++; console.log(order + “:”, “RM ” + total_temp + ” – “, value.info_card.order_list_cards[0].items[0].name);} calculate(next_offset);} else {console.log(‘Calculation completed!’); console.log(‘GRAND TOTAL: RM ‘ + Math.round(total * 100) / 100);}});}calculate(0);

Langkah 3 : Setelah anda berjaya log masuk akaun Shopee anda, klik kanan dan pilih ‘Inspect Element’ atau ‘Inspect’.

Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah 'Hack' Mudah Ini

Langkah 4 : Tekan pada tab ‘Console’ (1) dan tampal kod yang telah disalin tadi di ruangan bahagian bawah (2). Kemudian, tekan butang ‘Enter’.

Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah 'Hack' Mudah Ini
Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah ‘Hack’ Mudah Ini

Langkah 5 : Tunggu kod-kod tersebut ‘dikira’ secara automatik oleh sistem dan voila! Anda akan dapat mengetahui jumlah perbelanjaan atau dalam erti kata lain, berapa banyak wang yang telah anda habiskan di aplikasi puaka ini. Mesti anda tak sangka kan?

Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah 'Hack' Mudah Ini

Terima kasih kepada penyumbang kod ini di laman Github. Sekurang-kurangnya, mungkin selepas anda melihat angka ini, terbit rasa insaf untuk anda berbelanja dengan lebih berhemah. Hihi. Tapi kalau memang ‘racun Shopee’ ini betul-betul digunakan pun, apa salahnya. Beli saja!

Selamat mencuba!

Nak tengok perbandingan harga di Shopee? Boleh cuba cara ini juga :

Hutang PTPTN pun boleh bayar guna Shopee tau! Baca artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Datuk Dan Cucu Hilang Setelah Masuk Hutan Cari Buah Asam, Ditemui Dalam Keadaan Selamat Di Kota Samarahan Datuk Dan Cucu Hilang Setelah Masuk Hutan Cari Buah Asam, Ditemui Dalam Keadaan Selamat Di Kota Samarahan
Next Article Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras ‘Runner’, Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?