• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Betong Fund, Kempen Untuk Bantu Orang Kurang Berkemampuan Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
16 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Ketahui Betong Fund, Kempen Untuk Bantu Orang Kurang Berkemampuan Di Sarawak

Anda digalakkan untuk menderma kepada dana ini

Ketahui Betong Fund, Kempen Untuk Bantu Orang Kurang Berkemampuan Di Sarawak. Dengan sumber pendapatan terjejas akibat pandemik Covid-19, ramai orang kini mengalami kesukaran untuk mendapatkan keperluan harian. Mujur sebuah dana telah ditubuhkan untuk membantu mereka yang terjejas.

Betong Fund adalah sebuah kempen yang dibentuk untuk membantu mereka yang terjejas dan tinggal di luar bandar dengan menderma bahan-bahan keperluan asas seperti beras dan sebagainya. Betong Fund juga kini mengutamakan pembelian tab untuk kanak-kanak di Betong bagi tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Ketahui Betong Fund, Kempen Untuk Bantu Orang Kurang Berkemampuan Di Sarawak

Dana semakin terhad

Betong Fund selama ini telah membantu untuk memberi bantuan keperluan asas bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman akibat golongan yang terjejas ini mempunyai bantuan terhad.

Seramai 100 lebih keluarga di Betong dalam senarai masih memerlukan bantuan; dengan masa ini 1,500 lot ditawarkan.

Pada masa penulisan, hanya 541 lot sahaja sudah dibeli bantuan tetapi 959 lot masih diperlukan.

Kredit: Twitter

Menurut Betong Fund menerusi marhaen.my, sebuah keluarga memerlukan sekurang-kurangnya RM100 termasuk membeli kelengkapan PdPR, membayar sewa serta bil utili. Namun, nilai tersebut tidak semestinya nilai minimum untuk anda. Anda digalakkan menderma walaupun serendah RM10 sahaja, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Kempen dibuka di MarhaenMy untuk membantu kanak-kanak mendapatkan keperluan pembelajaran

Baru-baru ini, Betong Fund telah membuka sebuah kempen di MarhaenMy untuk mengumpul dana bagi mendapatkan keperluan PdPR kanak-kanak di Betong. Setakat ini, Betong Fund berjaya membeli dua buah tablet untuk diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Tab yang dibeli adalah jenama Samsung jenis A 8.0, dengan harga sebuah adalah RM599.

Kredit: Twitter

Sebanyak 10 buah diperlukan dan untuk mendapatkan sebanyak itu, mereka masih memerlukan RM5,990.

Kredit: Twitter

Pada masa penulisan, sebanyak RM5,410.00 berjaya dikumpul dari 244 penderma.

Sekiranya anda berminat untuk menderma, anda boleh derma menerusi pautan ini. Kemurahan hati anda sangat dihargai!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Cari Capaian Internet, Seorang Wanita Tercetuskan Kluster COVID-19 Di Sabah Gara-Gara Cari Capaian Internet, Seorang Wanita Jadi Punca Kluster Baru Di Sabah
Next Article Lelaki Ini Terkejut Dunia Dilanda Pandemik Setelah 20 Tahun Bertapa Dalam Gua Lelaki Ini Terkejut Dunia Dilanda Pandemik Setelah 20 Tahun Bertapa Dalam Gua

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?