• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Lelaki Ini Terkejut Dunia Dilanda Pandemik Setelah 20 Tahun Bertapa Dalam Gua

Oleh
ILB - AI
16 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Lelaki Ini Terkejut Dunia Dilanda Pandemik Setelah 20 Tahun Bertapa Dalam Gua

Even dia juga pergi ambil vaksin gais

Lelaki Ini Terkejut Dunia Dilanda Pandemik Setelah 20 Tahun Bertapa Dalam Gua. Seorang lelaki yang betul-betul diam dalam gua selama 20 tahun kini sudah divaksin vaksin Covid-19.

Menurut The Sun, Panta Pertrovic yang berusia 70 tahun, telah tinggalkan guanya buat pertama kali setelah 20 tahun hanya untuk menerima vaksin Covid-19.

Lelaki Ini Terkejut Dunia Dilanda Pandemik Setelah 20 Tahun Bertapa Dalam Gua

Pindah ke sebuah gua kecil di Serbia untuk mengelakkan masyarakat

Menurut laporan, Panta Pertrovic pindah ke sebuah gua kecil di kawasan pergunungan Serbia untuk mengelakkan masyarakat 20 tahun lalu. Beliau merupakan seorang pekerja yang sudah bersara.

Tempat kediamannya hanya dapat diakses dengan pendakian curam – bukan pendakian yang mudah – dan rakan-rakannya hanya terdiri dari binatang seperti kambing, ayam, 30 kucing dan anjing, termasuk seekor babi hutan dewasa bernama Mara.

Panta bersama haiwan peliharaannya, Mara. Kredit: france24

Menurut beliau mengenai keputusannya untuk tinggal di dalam gua, beliau berkata,

“Saya tidak bebas di bandar. Selalu ada orang yang menghalangi anda – sama ada anda berdebat dengan isteri, jiran atau polis. Di sini (hutan), tiada yang mengganggu saya. Wang adalah sumpahan.”

Sebelum mengasingkan diri, Panta menyumbangkan semua wangnya kepada masyarakat dengan membiayai pembinaan tiga jambatan kecil di bandar itu.

“Wang adalah sumpahan, ia merosakkan orang. Saya rasa tiada yang boleh merosakkan manusia seperti wang.”

ujarnya lagi.

Beliau kebanyakannya memakan cendawan dan ikan dari sebuah sungai berdekatan, tetapi kadang-kadang pergi ke pusat bandar untuk mencari sisa makanan di tong sampah. Beliau juga baru-baru ini kerap melawat bandar.

Apabila beberapa binatang yang disimpannya berhampiran guanya diserang oleh serigala, Panta memutuskan untuk memindahkan binatang-binatang tersebut di sebuah pondok dibinanya di pinggir bandar di mana beliau fikir mereka akan selamat.

Panta di tempat kediamannya. Beliau juga menerima bantuan, tetapi juga bergantung pada sumbangan untuk makanan dan bekalan untuk haiwan peliharaannya. Kredit: france24

Terkejut apabila mengetahui dunia kini dilanda pandemik Covid-19

Apabila beliau muncul dari guanya pada kali pertama, beliau terkejut apabila mengetahui bahawa dunia kini dilanda pandemik Covid-19.

Tanpa melengahkan masa, beliau memutuskan untuk mengambil vaksin Covid-19.

Pada 14 Ogos 2021, beliau menerima vaksin dos pertamanya dan telah mendesak orang lain untuk mendapatkan vaksin juga.

Menurut beliau, beliau tidak memahami mengapa beberapa orang membuat spekulasi mengenai vaksin. Katanya,

“Saya ingin mendapatkan ketiga-tiga dos, termasuk satu dos tambahan. Saya menggesa setiap warga negara untuk mendapatkan vaksin, setiap satu dari mereka.”

kata Panta.
Panta telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 14 Ogos lalu dan kini sedang menunggu dos kedua dan ketiga beliau. Kredit: The Sun

Jika seorang pertapa sanggup keluar dari guanya yang terletak di kawasan pergunungan – jauh dari masyarakat – semata-mata untuk mendapatkan vaksin, perkara ini adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan oleh mereka yang masih curiga dengan vaksin Covid-19.

Please get vaccinated.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Betong Fund, Kempen Untuk Bantu Orang Kurang Berkemampuan Di Sarawak Ketahui Betong Fund, Kempen Untuk Bantu Orang Kurang Berkemampuan Di Sarawak
Next Article TERKINI: Paling Tinggi Pernah Dicatat, Sarawak Rekod 1566 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?