I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai

Oleh Nazihah AN
23 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai

Usah risau, Shopee boleh refund!

Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai. Masalah kurier yang tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang adalah sesuatu perkara yang sering kita dengar. Memang ramai yang meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap barang yang acap kali hilang sesudah sampai di kurier yang telah ditetapkan oleh Shopee. Masalah ini memang sukar untuk dielakkan kerana kita tidak dapat memilih kurier di aplikasi Shopee.

Bagi anda yang yang msih menunggu barang-barang anda dihantar ke rumah. Sekiranya, sudah tertera di aplikasi Shopee bahawa barang anda sudah dihantar, dalam artikel ini kami sediakan cara-cara untuk meminta refund kepada Shopee. Bagi penjual, anda juga usah risau, kerana di sini kami juga sediakan cara untuk mengatasi masalah untuk anda.

Sebelum anda mengikuti langkah ini, kalau dalam sistem bagitahu barang dah delivered, pastikan anda dah buat double check, kot-kot abang kurier selit dekat post box ke, dalam bakul motor ke, kalau takda cuba tanya dekat jiran-jiran manalah tahu kalau diorang tolong simpankan sebelum anda balik rumah.

Kalau confirm tak ada, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah:

Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai
Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai

1. Untuk barang yang dah lama stuck dan lebih dari tarikh penghantaran yang sepatutnya dekat mana-mana kurier. Macam mana nak tahu barang sepatutnya dah sampai kat kita sendiri? Boleh lihat tarikh yang berwarna hijau.

Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai
Sumber : Twitter @myjoe_

2. Jika sudah melebihi tarikh tersebut, anda boleh klik Return/Refund. Sabar, jangan gaduh dengan seller ya, sebab ini bukan salah seller.

Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai
Sumber : Twitter @myjoe_

3. Klik dekat “Did not received the order”. Dekat description anda boleh isi dengan lebih detail. Anda boleh terangkan barang yang anda pesan belum diterima tetapi sudah tertera barang sudah delivered. Anda juga boleh sertakan gambar produk yang anda pesan di Shopee.

Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai
Sumber : Twitter @myjoe_

4. Mana-mana sellers yang faham, dia akan tenang dan klik “dispute” dan seterusnya klik “I have shipped the items and have proof of shipment”. Untuk keterangan lebih, anda boleh bincang dahulu dengan seller tersebut.

Selepas langkah ini, pihak Shopee akan mula check data tersebut, dan siasat dengan pihak kurier.

Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai
Sumber : Twitter @myjoe_

5. Biasanya isu ini akan ambil masa dalam 2-3 hari. Jika masih belum ada berita dari pihak Shopee, anda boleh meminta update di ruangan discuss. Ini adalah antara contoh reply dari pihak Shopee.

Ketahui Cara Buat Tuntutan Refund Di Shopee Jika Barang Anda Hilang, Rosak Dan Lambat Sampai
Sumber : Twitter @myjoe_

Info yang anda perlu tahu

Info tambahan, jika barang anda belum terima dalam tempoh yang diberi, anda juga boleh request refund terus. Seller tersebut akan faham dan dispute. Tapi dalam masa yang sama, pihak Shopee akan siasat dahulu. Jika barang pending lama di kurier, Shopee akan push kurier tersebut untuk hantar barang. Tetapi jika barang tersebut terbukti hilang, pihak Shopee akan refund buyer dan seller tersebut.

Usah risau! Jumlah refund tersebut, pihak Shopee akan bagi pada jumlah yang sepatutnya, yang penting anda ada bukti.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selamat Hari Sarawak! Ini Adalah 6 Fakta Menarik Tentang Perayaan Ini Selamat Hari Sarawak! Ini Adalah 6 Fakta Menarik Tentang Perayaan Ini
Next Article Pasukan Boca Junior Ditahan Kerana Bertengkar Dengan Polis Setelah Tersingkir Dari Copa Libertadores

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?