fbpx
Cerita Borneo

Ini Panduan Untuk Anda Selesaikan Masalah ‘Parcel’ Tersangkut Lama Semasa PKP

Parcel’ Takkan Salah Alamat.

Ini Panduan Untuk Anda Selesaikan Masalah ‘Parcel’ Tersangkut Lama Semasa PKP. Semenjak musim PKP ini, khidmat pembelian barangan secara dalam talian meningkat secara mendadak. Mana tidaknya, aktiviti membeli secara langsung tidak dibenarkan sama sekali buat masa ini lantas memaksa netizen untuk menggunakan aplikasi dalam talian secara lebih kerap.

Hal ini menyebabkan jumlah penerimaan dan penghantaran barangan di Pos Laju turut meningkat secara drastik. Menurut pihak Pos Laju, mereka menerima purata 600K bungkusan setiap hari sejak bermulanya PKP. Malah, kini pekerja di syarikat tersebut berusaha sedaya upaya dan setekun yang boleh demi menyampaikan amanah anda.

Walau bagaimanapun, jika ‘parcel’ anda telah tersangkut begitu lama sehingga memakan masa beberapa minggu hingga sebulan di tempat yang sama, anda boleh menyelesaikan masalah tersebut di laman sesawang Pos Malaysia.

Bagaimana? Ikuti panduan ringkas berikut.

1. Layari laman sesawang Pos Malaysia.

2. Klik simbol ‘AskPos‘ di penjuru kanan bawah laman sesawang.

Ini Panduan Untuk Anda Selesaikan Masalah 'Parcel' Tersangkut Lama Semasa PKP
Ini Panduan Untuk Anda Selesaikan Masalah ‘Parcel’ Tersangkut Lama Semasa PKP

3. Klik ‘Track and Trace’ dan lengkapkan butiran yang selanjutnya seperti yang diminta.

Ini Panduan Untuk Anda Selesaikan Masalah 'Parcel' Tersangkut Lama Semasa PKP
Kredit : FB Annisa Scarves
Ini Panduan Untuk Anda Selesaikan Masalah 'Parcel' Tersangkut Lama Semasa PKP
Kredit : FB Annisa Scarves

4. Akhir sekali, klik ‘Continue E-Feedback’ untuk menghantar aduan anda. Satu salinan laporan akan dihantar ke alamat emel anda untuk rujukan.

Ini Panduan Untuk Anda Selesaikan Masalah 'Parcel' Tersangkut Lama Semasa PKP
Kredit : FB Annisa Scarves

Kepada anda yang telah menunggu ‘parcel’ yang tersangkut di suatu tempat selama lebih daripada 2 minggu, boleh lah mencuba cara ini untuk mendapatkan barangan anda secepat yang mungkin. Sekurang-kurangnya, barangan anda terus bergerak daripada tersangkut lama di suatu tempat sahaja.

Rezeki takkan salah alamat.

Artikel Berkaitan

Back to top button