Sungguh unik dan menarik roti canai goreng ini!
Menu Unik Dan Menarik Di Kapit, Roti Canai Goreng Ini Diwarisi Sejak Empat Generasi. Mesti anda tertanya-tanya dan berasa pelik kan dengar roti canai goreng. Yes memang benar, roti canai goreng merupakan menu yang amat popular di Kapit, Sarawak.




Perniagaan tersebut diwarisi sejak empat generasi
Perniagaan roti canai ini diusahakan oleh Nurbaizura Abdullah dan perniagaan tersebut diwarisi daripada neneknya sejak empat generasi yang lalu. Perniagaan tersebut sudah berusia lebih dari 50 tahun dan sehingga kini ianya masih lagi mendapat sambutan yang paik daripada pelanggan.
Buat pengetahuan anda, menu unik ini hanya boleh didapati di Bandar Kapit di sebuah gerai yang terletak di medan selera Gelanggang Kenyalang.
Biasanya, tempat tersebut memang sentiasa dipenuhi ramai pelanggan setia pada setiap hari terutamanya pada waktu pagi hari di hujung minggu. Di gerai ini, hanya dua menu yang ditawarkan iaitu roti canai goreng dan roti canai telur goreng.
Roti Canai Goreng KapitHidden in the middle of Kapit town is a modest, triangular breakfast place. Here, you’ll find a local yummy that’s best enjoyed with sambal and curry! #LoveMalaysia
Posted by Songs & Stories on Sunday, June 2, 2019
Harga yang ditawarkan amat berpatutan
Oleh kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan, maka gerai ini memang mempunyai ramai peminat setia yang sentiasa membanjiri gerai tersebut.
Cara penyediaan roti canai goreng ini adalah, ianya digoreng di dalam kuali berisi minyak panas. Sungguh menarik dan unik! Rasa rangup roti canai goreng ini dilengkapi dengan kari ayam atau sambal yang pedas manis. Pergh memang terbaik.
Bagi yang berkesempatan singgah ke Kapit, boleh lah cuba roti canai goreng ni!