• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Misteri Disebalik Topeng Tribal Kaum Di Sarawak Yang Mempunyai Maknanya Tersendiri

Oleh
Husna Hazmi
28 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Setiap topeng tribal kaum di Sarawak ini mempunyai maknanya tersendiri.

Ketahui Misteri Disebalik Topeng Tribal Kaum Di Sarawak Yang Mempunyai Maknanya Tersendiri. Misterinya topeng ini adalah kerana setiap satu topeng tribal mempunyai perkaitan dengan ritual atau kepercayaan sesuatu masyarakat di dunia ini.

Boleh dikatakan seni topeng sebenarnya dipunyai oleh setiap bangsa dan tamadun di dunia. Dari timur hingga ke barat malah dari kaum primitive hingga ke masyarakat moden mempunyai pelbagai bentuk dan tujuan topeng itu yang diselitkan di dalam budaya mereka tersendiri.

Di kalangan masyarakat di Borneo juga mempunyai topeng tribalnya tersendiri. Untuk di Sarawak pula, kaum-kaum seperti Kaum Orang Ulu, Melanau dan Iban juga sudah tersohor namanya dengan topeng tribal mereka yang mempunyai keunikan serta kegunaan tersendiri.

Ketahui Misteri Disebalik Topeng Tribal Kaum Di Sarawak Yang Mempunyai Maknanya Tersendiri
kredit gambar: Borneo oracle

Perkaitan secara langsung dengan ritual

Yang pasti penggunaan topeng tribal di dalam budaya masyarakat di Sarawak mempunyai perkaitan secara langsung dengan ritual kepercayaan mereka suatu waktu dahulu. Setiap topeng pula mempunyai tujuan serta maksud yang berlainan. Oleh kerana itulah topeng-topeng itu mempunyai warna dan corak yang berbeza.

Topeng tribal pula ada yang seakan-akan muka binatang dan juga manusia, sebenarnya mempunyai inteprestasi yang berbeza. Topeng dengan telinga besar digambarkan sebagai pendengar yang baik, topeng dengan mulut yang terbuka memberikan makna kerakusan ataupun bijak berkata-kata manakala topeng dengan pipi penuh pula digambarkan sebagai kerakusan atau kekayaan.

Ketahui Misteri Disebalik Topeng Tribal Kaum Di Sarawak Yang Mempunyai Maknanya Tersendiri
Gambar sekadar hiasan

Mempunyai nama-namanya tersendiri

Topeng-topeng tribal di Sarawak ini juga mempunyai nama-namanya tersendiri bagi menggambarkan perkaitannya dengan ritual yang hendak diadakan. Bagi masyarakat Melanau, topeng tribal atau petupieng mempunyai nama-namanya tersendiri.

Ini kerana ianya ada perkaitan dengan ritual Pesta Kaul iaitu pesta pantai yang sentiasa dilestarikan sehingga sekarang. Petupieng digunakan sebagai pengantara antara manusia dengan semangat Ipok Balau di dalam masyarakat Melanau.

Bagi kaum Orang Ulu Sarawak pula, topeng Hudo atau Huduq banyak mewarnai ceritera kebudayaan mereka. Dan jika ke Kalimantan, misalnya saban tahun ada ritual pemujaannya yang dilestarikan sehingga ke hari ini. Topeng hudo dengan tarian hudoq adalah antara tarian tribal yang masih lagi mewarnai dunia ritual mereka.

Ketahui Misteri Disebalik Topeng Tribal Kaum Di Sarawak Yang Mempunyai Maknanya Tersendiri
Gambar sekadar hiasan

Ritual rawatan tradisional

Untuk kaum Iban pula, topeng tribal mereka banyak digunakan untuk ritual rawatan tradisional dan juga pengebumian. Topeng-topeng itu juga digunakan oleh dukun-dukun di dalam rawatan penyembuhan penyakit kerana ianya adalah pengantara. Dan sudah tentu setiap satu ritual mempunyai mantera-manteranya yang tersendiri yang hanya boleh difahami oleh dukun atau lemambang mereka.

Keunikan yang tersendiri inilah yang menjadikan topeng-topeng tribal di Sarawak ini seringkali mempunyai nilai estitika yang tinggi bagi pengemar koleksi topeng-topeng. Malah topeng tribal asli yang berusia ratusan tahun juga sentiasa mendapat tempat di dunia kerana dikatakan mempunyai ‘semangat’ nya yang tersendiri yang mana dipercayai mampu menempiaskan semangat tersebut kepada si penyimpannya.

SUMBER :FB Borneo Oracle
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terkenal Dengan Hidangan Laksa Penang, D'Laksa Kini Buka Cawangan Pertama Di Kuching Terkenal Dengan Hidangan Laksa Penang, D’Laksa Kini Buka Cawangan Pertama Di Kuching
Next Article Kenali Flossie, Kucing 26 Tahun Ini Diiktiraf Tertua Di Dunia Oleh Guinness World Records

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?