• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Oleh
Husna Hazmi
4 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Perisai atau Terabai tradisional Iban yang mereka gunakan sebenarnya mempunyai kisahnya sendiri.

Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu. DI kalangan masyarakat Iban ianya dikenali dengan nama Terabai atau di dalam bahasa standard digelar “Perisai”. Ianya adalah salah satu daripada lambang kepahlawan kaum Iban di Borneo kerana dengan terabai inilah antara kelengkapan wajib ada apabila turun berperang suatu masa dahulu.

Isi Isi Penting
  • Perisai atau Terabai tradisional Iban yang mereka gunakan sebenarnya mempunyai kisahnya sendiri.
  • Bukanlah sekadar satu perhiasan semata-mata
  • Kepercayaan masyarakat Iban
  • Legenda pertarungan
  • Motif terabai tradisional masyarakat Iban suatu waktu dahulu

Sejajar dengan waktu, terabai sekarang kebanyakannya hanyalah salah satu sumber warisan di kalangan masyarakat Dayak dan sudah menjengah penggunaanya sebagai penghias dinding di rumah-rumah agam mahupun hotel bertaraf lima bintang di seluruh dunia.

Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu
Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Bukanlah sekadar satu perhiasan semata-mata

Menceritakan tentang motif ukiran terabai Iban pula sebenarnya ianya bukanlah sekadar satu perhiasan semata-mata. Kerana dikatakan pada setiap motif seni ukiran terabai Iban yang unik dan cantik itu sebenarnya mempunyai maksud-maksudnya tersendiri.

Bolehlah dinyatakan bahawa motif pada setiap ukiran terabai sebenarnya menerangkan intepretasi halus samada menerusi kesusasteraan, sejarah dan tradisi serta kemahiran pertukangan kaum suatu waktu dahulu.

Menurut kepercayaan masyarakat Iban untuk mengukir sesuatu terabai bukan hanya memerlukan kepakaran semata-mata. Ini kerana setiap pengukir Iban yang terpilih sebenarnya didatangkan ideanya atas kehendak Tuhan mahupun dewa-dewa mereka samada menerusi firasat mahupun mimpi. Atau secara relatifnya ianya berkaitan secara langsung dengan faktor pemujaan serta sanjungan kepada dewa-dewa mengikut fahaman animisme mereka.

Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Kepercayaan masyarakat Iban

Antara dewa-dewa yang menjadi sandaran kepada kepercayaan masyarakat Iban animisme adalah seperti Keling Gerasi Nading Bujang Berani Kempang, Laja Mirah Moa Nekang Jerenang, Simpurai, Muntigerai, Sepatu Manok Antu, Sepungga Lumpong Nangga, Pandak Segatak serta banyak lagi.

Kesemua nama-nama dewa ini adalah dewa perang masyarakat Iban yang tinggal di bahagian dunia atasan yang dikenali sebagai “Panggau Libau”. Masyarakat Iban mempercayai bahawa dewa inilah yang bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi masyarakat Iban daripada sebarang ancaman di dunia.

Jadi pada setiap motif ukiran terabai Iban yang cukup unik ini juga sebenarnya turut menggambarkan keadaaan pada masa tersebut. Perkaitan setiap motif ukiran dengan cerita legenda juga turut mendokong kewujudan asal-usul motif ukiran seperti pertarungan Rawing dan Raja Merom, pertarungan Lang Ngindang dan Lang Kachang, Mimpi Gemong, Burung Bubut dan Burung Ruai dan Belalang (Buntak Aloi dan Buntak Rusa).

Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Legenda pertarungan

Kita ambil contoh bagaimana legenda pertarungan antara Lang Ngindang dan Lang Kachang sewaktu perang Pengayau suatu waktu dahulu. Dikatakan pada saat pertempuran semakin sengit tiba-tiba tubuh badan Lang Ngindang ikut bergetar dan lemah apabila melihat terabai yang digunakan oleh Lang Kachang. Ianya ada kena mengena dengan motif ukiran terabai Lang Kachang pada masa itu yang menggunakan motif iban laki-laki.

Manakala untuk Lang Ngindang pula motif ukiran terabainya menggunakan motif iban perempuan. Malah sebenarnya adalah dipercayai oleh kerana Lang Kachang menggunakan terabai motif iban laki-laki juga turut mendapat reaksi yang berlainan. Pada ketika berhadapan dengan Lang Ngindang dikatakan dirinya yang mempunyai semangat yang berdomba-domba turut lembut jadinya iaitu bertukar menjadi seorang pahlawan Iban yang mengasihani terhadap musuh.

Ini semua adalah tindakbalas mistik pada setiap penggunaan terabai untuk peperangan dan kerana itulah suatu waktu dahulu setiap pahlawan iban amat berhati-hati memilih motif ukiran mahupun warna terabai yang akan mereka gunakan.

Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Motif terabai tradisional masyarakat Iban suatu waktu dahulu

Inilah antara falsafah didalam pembuatan dan pengukiran motif terabai tradisional masyarakat Iban suatu waktu dahulu. Setiap motif ukiran tradisional bukan hanya suka-suka tetapi mempunyai kefahaman mistik dan supernatural pada sesiapa yang memilikinya.

Agak kurang pembuatan terabai tradisional sekarang dan ianya banyak dijadikan antara barangan berharga warisan keluarga. Manakala yang sering kita lihat di pasaran adalah jenis terabai Iban yang sudah dikomersialkan iaitu motif ukirannya lebih kepada menunjukkan simbolik kebudayaan dan seni kraftangan beridentitikan masyarakat Iban itu sendiri.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Rosak Paip Bocor, Bencana Buatan Manusia Ini Buat Penduduk Daerah Lubok Antu Merana Jalan Rosak Paip Bocor, Bencana Buatan Manusia Ini Buat Penduduk Daerah Lubok Antu Merana
Next Article Premier Sarawak Pertimbang Isytihar Cuti Deepavali Sebagai Cuti Umum Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?