• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Perbezaan Antara “Best Before”, “Use By” Dan “Expiry Date” Pada Produk

Oleh
ILB - AI
28 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

“Best Before”, “Use By” dan “Expiry Date”, 3 istilah yang selalu kita lihat tetapi sebenarnya bawa maksud yang berbeza

Ketahui Perbezaan Antara “Best Before”, “Use By” Dan “Expiry Date” Pada Produk. Kalau kita nak beli sesuatu produk terumatanya makanan atau minuman, pasti hal pertama kita buat adalah periksa tarikh luput produk tersebut kan? Tapi, tahukah anda bahawa ada perbezaan antara istilah-istilah yang digunakan yang tertera pada sesuatu produk.

“Best Before”, “Use By” dan “Expiry Date” adalah 3 istilah yang selalu kita lihat pada produk di pasaran tapi istilah-istilah yang digunakan ini membawa maksud yang berbeza-beza.

Best Before
Ketahui Perbezaan Antara “Best Before”, “Use By” Dan “Expiry Date” Pada Produk. Sumber gambar: wikiHow

“Best Before” atau baik sebelum merujuk kepada kualiti makanan

”Best Before” atau baik sebelum adalah satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kualiti makanan tersebut dimana jika sesuatu produk yang menggunakan istilah ini, ianya masih selamat untuk dimakan selepas tarikh baik sebelum yang dinyatakan.

Best Before
Ketahui Perbezaan Antara “Best Before”, “Use By” Dan “Expiry Date” Pada Produk. Sumber gambar: VANCOUVER IS AWESOME

Akan tetapi, tarikh tersebut dinyatakan pada produk dengan istilah best before atau baik sebelum adalah untuk memaklumkan kepada pembeli bahawa makanan tersebut memiliki kualiti yang terbaik jika dimakan sebelum tarikhnya. Selalunya, produk yang menggunakan istilah ini adalah seperti makanan kering, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku.

“Use By” pula atau guna sebelum adalah istilah pada produk yang hanya boleh dimakan dengan selamat sehingga tarikh yang dinyatakan

Seterusnya adalah istilah “Use By” atau terkadang ianya menggunakan istilah “use before” atau guna sebelum. Istilah ini membawa erti bahawa produk tersebut hanya boleh dimakan sehingga tarikh yang dinyatakan sahaja.

Best Before
Sumber gambar: CORETAN DIARI VIRAL

Jika dimakan selepas tarikh yang dinyatakan, berkemungkinan ianya berisiko untuk anda. Malah, produk yang menggunakan istilah ini hanya boleh disimpan dan dibekukan sehingga tarikh yang dinyatakan sahaja. Selalunya, produk seperti daging, ikan yang sudah dibungkus dan kita beli dari kedai selalunya menggunakan istilah guna sebelum ini.

“Expiry Date” atau tarikh luput adalah istilah yang paling mudah iaitu ianya dakah tarikh akhir untuk produk tersebut boleh dimakan atau diminum

Yang paling mudah dan kerap kita jumpa adalah “expiry date”, atau tarikh luput. Ianya mudah semudah istilahnya tarikh luput dimana ianya hanya boleh dimakan atau diminum sehingga tarikh akhirnya yang tertera pada produk.

Best Before
Sumber gambar: CORETAN DIARI VIRAL

Lebih dari tarikh tersebut maka ianya tidak lagi boleh dimakan atau diminum lagi. Kebanyakan produk yang menggunakan istilah ini adalah produk yang berbentuk cecair ataupun susu formula.

Jadi, lepas ini, kita dah lebih tahu perbezaan istilah yang dinyatakan pada produk untuk memudahkan anda melakukan pembelian terutamanya bagi individu yang kerap buat pembelian dalam jumlah yang banyak ataupun borong.

Untuk info-info yang menarik lain, boleh baca artikel lain seperti:

Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad CIMB Anda Secara Dalam Talian
Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
SUMBER :wikiHowVANCOUVER IS AWESOEMCORETAN DIARI VIRAL
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Login CIMB Clicks Pada Telefon Baru, Pengguna Perlu Hubungi Bank Terlebih Dahulu Login CIMB Clicks Pada Telefon Baru, Pengguna Perlu Hubungi Bank Terlebih Dahulu
Next Article Tular Aksi Kanak-Kanak Berbasikal Tengah Malam Di Bintulu Persis ‘Basikal Lajak’ Buat Netizen Risau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?