I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

Oleh Nur Afifah 7 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Nak menyimpan sambil melabur kini lebih mudah.

Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter. Amanah Saham Bumiputera amat sinonim sebagai sebuah produk pelaburan atau digelar ‘buku biru’ yang diperkenalkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Malah, setiap warga Bumiputera di Malaysia sangat digalakkan untuk memiliki akaun ini sebagai tabung simpanan di samping melaburkan wang tersebut tanpa perlu risau risiko kerugian yang tinggi berbanding membuat pinjaman ASB.

Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter.Kredit gambar : https://hujanrimba.wordpress.com/

Baru-baru ini, ASNB memperkenalkan kaedah pendaftaran baharu iaitu hanya melalui aplikasi dalam talian sahaja. Jimat masa dan tenaga nak pergi ke kaunter ASNB, bank atau pejabat pos kan? Jom kita lihat macam mana cara nak buat akaun ASB secara dalam talian ini.

1. Muat turun aplikasi myASNB

Untuk membuka akaun pelaburan unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara dalam talian, anda perlu memuat turun aplikasi myASNB di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter. Sumber : Youtube myASNB

2. Tekan butang ‘Sign Up’

Bagi pengguna baharu, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang ‘Sign Up’. Kemudian, pilih, jenis ID, nombor ID atau nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda. Kemudian, tunggu kata laluan OTP dihantar kepada anda melalui SMS untuk verifikasi di aplikasi.

Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Sumber : Youtube myASNB
Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Sumber : Youtube myASNB

3. Lengkapkan maklumat peribadi

Setelah itu, anda perlu melengkapkan maklumat peribadi anda seperti nombor kad pengenalan, status gelaran, nama penuh, jantina, bangsa, agama, tarikh lahir, alamat, negara, alamat emel, nama bank, dan nombor akaun bank. Sahkan nama bank dan nombor bank akaun anda betul sebelum menekan butang ‘Continue’.

Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Sumber : Youtube myASNB

4. Jawab semua soalan deklarasi dan maklumat pekerjaan

Pastikan anda menjawab semua soalan deklarasi yang mudah ini bagi tujuan mencipta akaun pelaburan baharu. Anda hanya perlu mengesahkan sama ada anda rakyat, penduduk, dan kelahiran Malaysia. Selain itu, anda juga mesti mengesahkan sama ada anda merupakan penduduk negara asing bercukai dan penduduk Amerika bercukai.

Seterusnya, anda juga dikehendaki untuk melengkapkan maklumat pekerjaan semasa anda termasuklah kategori profil, kategori pekerjaan, nama pekerjaan, sektor pekerjaan, nama majikan dan pendapatan sebulan.

Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Sumber : Youtube myASNB
Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Sumber : Youtube myASNB

5. Ambil gambar MyKad depan belakang dan rakam swafoto wajah anda

Untuk tujuan pengesahan akaun ASB baru anda kelak, anda juga perlu menangkap gambar MyKad anda (depan dan belakang) serta merakam swafoto mengikut arahan yang terpapar pada aplikasi.

Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Sumber : Youtube myASNB
Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Sumber : Youtube myASNB

6. Cipta nama pengguna, kata laluan dan soalan keselamatan setelah akaun disahkan

Langkah terakhir adalah mencipta nama pengguna, kata laluan dan soalan keselamatan serta jawapan bagi mengelakkan akaun anda diceroboh oleh individu tidak dikenali pada masa akan datang.

Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Sumber : Youtube myASNB

7. Mulakan pelaburan anda!

Yeay! Anda dah boleh tambah wang ke dalam akaun anda untuk tujuan pelaburan Amanah Saham Bumiputera. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat prestasi portfolio anda. Jika anda inginkan produk pelaburan yang terbaik mengikut tahap kewangan dan kemampuan anda, anda boleh menjawab beberapa soalan dan myASNB akan mencadangkan produk terbaik untuk anda membuat pelaburan.

Anda boleh membuat pelaburan pertama serendah RM 10 sahaja dan bayar menggunakan kaedah perbankan online! Mudah sangat!

Semudah ABC, Ikuti Langkah Ini Untuk Mendaftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Sumber : Youtube myASNB
Sumber : Youtube myASNB

Bagi anak muda yang sudah melepasi usia 18 tahun, anda sangat digalakkan untuk membuka akaun pelaburan ASB ini dan membuat simpanan dalam akaun ini berbanding dalam akaun bank biasa atau tabung besi. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan!

Lihat tutorial lanjut di laman Youtube ASNBmy ini :

Pengeluaran unit amanah ASB pun sudah boleh dilakukan secara dalam talian tau! Baca selanjutnya di sini :

Baru-baru ini, CIMB juga telah menyediakan platform pendaftaran akaun bank secara dalam talian juga. Jadi, tak perlu dah bersesak ke bank. Ini panduannya :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun
Next Article Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?