• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketua Menteri Dan Menteri DUN Sarawak Potong Sebahagian Gaji Selama 2 Bulan

Oleh
Ismail NA
4 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Gaji tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak.

Ketua Menteri Dan Menteri DUN Sarawak Potong Sebahagian Gaji Selama 2 Bulan. Demikian diumumkan oleh kerajaan Sarawak hari ini melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Menerusi kenyataan tersebut, YAB Ketua Menteri Sarawak memutuskan perkara tersebut setelah berbincang dengan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Hasilnya, ahli perbincangan telah sebulat suara untuk menyumbangkan sebahagian daripada gaji YAB Ketua Menteri, Ahli-Ahli MMKN, elaun ADUN GPS dan Setiausaha Politik selama 2 bulan.

Potongan gaji ini kemudiannya akan disumbangkan kepada Tabung Bencana Sarawak. Jumlah ini dianggarkan berjumlah RM 3 juta.

Ketua Menteri Dan Menteri DUN Sarawak Potong Sebahagian Gaji Selama 2 Bulan
Ketua Menteri Dan Menteri DUN Sarawak Potong Sebahagian Gaji Selama 2 Bulan

Selama 2 bulan bermula bulan Jun, YAB Ketua Menteri akan menerima potongan gaji sebanyak 30%, YB Timbalan Ketua Menteri sebanyak 25%, YB Menteri/Speaker (20%), YB Menteri Muda (15%), YB ADUN (10%) dan Setiausaha Politik (5%).

Kerajaan Sarawak juga memberi jaminan bahawa usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya pandemik ini masih berlarutan.

Penjawat awam perkhidmatan Sarawak turut menyumbang melalui potongan Imbuhan Tetap Kerajaan (ITK)

Inisiatif pemotongan gaji ini juga tidak terhad kepada YAB Ketua Menteri dan menteri di Sarawak. Ia turut diperluaskan kepada golongan penjawat awam bermula dari Gred Utama A sehinggalah ke Gred 29. Penjawat awam negeri Sarawak akan turut serta dalam usaha ini dengan menyumbangkan sejumlah Imbuhan Tetap Kerajaan (ITK) selama 2 bulan mulai Jun hingga Ogos kepada Tabung Bencana Sarawak.

Kategori penjawat awam perkhidmatan negeri Sarawak ini termasuklah penjawat awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri.

Maklumat potongan imbuhan tetap untuk penjawat awam adalah seperti berikut;

Ketua Menteri Dan Menteri DUN Sarawak Potong Sebahagian Gaji Selama 2 Bulan

Seiring dengan usaha ini, kerajaan Sarawak turut menyeru Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Sarawak untuk turut serta dalam sumbangan ini bagi menunjukkan komitmen semua pihak untuk menangani pandemik ini.

Beberapa hari yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa beliau dan barisan menteri kabinet kerajaan persekutuan tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan tetapi sebaliknya akan gaji tersebut akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana Negara bagi membiayai perbelanjaan berkaitan pandemik COVID-19.

Baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berikut Adalah Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) Di Seluruh Sarawak Sepanjang PKP 3.0
Next Article Padah Menyelinap Masuk Kawasan PKPD, Seorang Pemuda Dikompaun di Kota Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?