• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Menyelinap Masuk Kawasan PKPD, Seorang Pemuda Dikompaun di Kota Samarahan

Oleh
Husna Hazmi
4 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Pemuda tersebut dikompaun mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Padah Menyelinap Masuk Kawasan PKPD, Seorang Pemuda Dikompaun di Kota Samarahan. Dilaporkan bahawa, seorang pemuda dikompaun kerana telah melakukan kesalahan iaitu memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanjung Bundung Kota Samarahan, semalam bersamaan Khamis (3 Jun).

Padah Menyelinap Masuk Kawasan PKPD, Seorang Pemuda Dikompaun di Kota Samarahan
Padah Menyelinap Masuk Kawasan PKPD, Seorang Pemuda Dikompaun di Kota Samarahan

Ditahan di sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Dewan Suarah Kota Samarahan

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram, pemuda tersebut berusia 22 tahun dari Kampung Baru, ditahan di sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Dewan Suarah Kota Samarahan.

Beliau berkata, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di tempat kejadian telah mendapati pemuda tersebut cuba untuk menyelinap masuk ke kawasan PKPD dengan menunggang sebuah motosikal.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dia memasuki kawasan PKPD tanpa kebenaran dan gagal memberikan alasan munasabah iaitu ingin berjumpa dengan rakan. Sehubungan itu, kompaun dikeluarkan terhadapnya pada sekitar jam 4.34 petang,” kata beliau menerusi satu kenyataan pada hari ini. 

Sudirman turut menjelaskan bahawa pemuda tersebut tidak membawa apa-apa barang yang menyalahi undang-undang. 

“Namun, dia telah dikompaun mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021,” tambah beliau. 

Padah Menyelinap Masuk Kawasan PKPD, Seorang Pemuda Dikompaun di Kota Samarahan

Mereka yang duduk di kawasan diisytiharkan sebagai PKPD patuhi SOP

Di samping itu, Sudirman telah berpesan kepada mereka yang duduk di kawasan diisytiharkan sebagai PKPD untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan dengan sentiasa berada di dalam rumah masing-masing. 

“Kebenaran akan diberikan kepada mereka untuk keluar daripada kompaun rumah sekiranya terdapat hal-hal kecemasan atau diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hadir menjalani ujian swab COVID-19 sahaja,” jelas Sudirman.

Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kompaun ke atas mereka yang gagal mematuhi SOP, tegas beliau lagi.

Kita jaga kita.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketua Menteri Dan Menteri DUN Sarawak Potong Sebahagian Gaji Selama 2 Bulan
Next Article Dipercayai Alami Kemurungan, Polis Berpangkat Koperal Dari Kuching Sarawak Ditemui Mati Gantung Diri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?