• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

‘Ketua Menteri’ Di Sarawak Sah Bertukar Gelaran Sebagai ‘Premier’ Berkuatkuasa Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
1 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

‘Ketua Menteri’ Di Sarawak Sah Bertukar Gelaran Sebagai ‘Premier’ Berkuatkuasa Hari Ini. Dilaporkan bahawa, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022, bagi menggantikan nama ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ telah diwartakan dan akan berkuatkuasa mulai hari ini (1 Mac 2022).

'Ketua Menteri' Di Sarawak Sah Bertukar Gelaran Sebagai 'Premier' Berkuatkuasa Hari Ini
‘Ketua Menteri’ Di Sarawak Sah Bertukar Gelaran Sebagai ‘Premier’ Berkuatkuasa Hari Ini

Diberi gelaran sebagai ‘Premier of Sarawak’

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion dalam satu kenyataan, selepas tarikh pindaan berkuatkuasa, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan diberi gelaran dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Premier of Sarawak’ dan dalam Bahasa Malaysia sebagai ‘Premier Sarawak’.

Dalam masa yang sama, Pejabat Ketua Menteri akan dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Office of the Premier of Sarawak’ manakala dalam Bahasa Malaysia sebagai ‘Pejabat Premier Sarawak’.

Oleh itu beliau berkata bahawa, Timbalan Ketua Menteri akan dirujuk sebagai Timbalan Premier dan Menteri Muda pula akan dirujuk sebagai Timbalan Menteri berkuat kuasa pada tarikh sama (1 Mac 2022).

'Ketua Menteri' Di Sarawak Sah Bertukar Gelaran Sebagai 'Premier' Berkuatkuasa Hari Ini

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 semasa sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas.

Pada 15 Februari lalu, DUN meluluskan rang undang-undang dengan majoriti lebih dua pertiga untuk memperuntukkan perubahan dalam terma kepada ‘Premier’, ‘Timbalan Premier’ dan ‘Timbalan Menteri’.

Jabatan Besar Peguam Negeri Sarawak juga telah mengumumkan pewartaan Ordinan itu di laman webnya hari ini. Ia melampirkan Warta Kerajaan Sarawak (Sarawak Government Gazette) bertarikh 28 Februari tahun ini yang antara lain menyatakan Yang di-Pertua Negeri telah menetapkan 1 Mac 2022 sebagai tarikh Ordinan itu berkuat kuasa.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tempah Sebelum Terlambat! Malaysia Airlines Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM 79 Sehingga 30 Jun
Next Article Kembali Dengan Pelbagai Jualan Yang Menarik, Downtown Sarikei Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Kembali Dengan Pelbagai Jualan Yang Menarik, Downtown Sarikei Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?