• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tempah Sebelum Terlambat! Malaysia Airlines Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM 79 Sehingga 30 Jun

Oleh
Ismail NA
1 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Peluang terbaik untuk anda beli tiket balik raya, gawai dan kaamatan!

Tempah Sebelum Terlambat! Malaysia Airlines Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM 79 Sehingga 30 Jun. Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) sekali lagi membuatkan ramai anak perantau menjadi tidak keruan apabila mereka mengumumkan tawaran penerbangan terbaharu mereka.

Menerusi promosi yang diwar-warkan di laman sesawangnya, promosi penerbangan terbabit telah pun dibuka untuk tempahan sehingga 13 Mac 2022 untuk tempoh penerbangan sekarang sehingga 30 Jun 2022. Wah!

Apatah lagi musim perayaan terutamanya untuk penduduk Sabah dan Sarawak pada tahun ini diraikan secara berturut-turut. Untuk masyarakat Muslim, perayaan Aidil Fitri dijangka akan disambut pada 3 Mei 2022, manakala Pesta Kaamatan disambut pada 30 Mei 2022 kemudian diteruskan dengan perayaan Gawai Dayak yang jatuh pada setiap 1 Jun.

Tempah Sebelum Terlambat! Malaysia Airlines Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM 79 Sehingga 30 Jun
Tempah Sebelum Terlambat! Malaysia Airlines Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM 79 Sehingga 30 Jun. Sumber : Malaysia Airlines

Lebih menarik, harga promosi ini bermula daripada RM 79 untuk pelbagai laluan penerbangan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati penerbangan kelas perniagaan dari harga serendah RM 359 sahaja. Kalau bukan promosi, lebih RM 1,000 tau untuk tiket kelas perniagaan sehala.

Tempoh tempahan : Sekarang sehingga 31 Mac 2022
Tempoh penerbangan : Sekarang sehingga 30 Jun 2022

Di sini kami senaraikan laluan yang ditawarkan diskaun kaw-kaw oleh penerbangan Malaysia Airlines ini :

Tempah Sebelum Terlambat! Malaysia Airlines Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM 79 Sehingga 30 Jun

Johor Bahru – Langkawi
Ekonomi : RM 59
Perniagaan : RM 399

Kuala Lumpur – Destinasi di Semenanjung Malaysia
Ekonomi : RM 79
Perniagaan : RM 359

Di dalam Sabah Sarawak
Ekonomi : RM 79
Perniagaan : RM 359

Kuala Lumpur – Sarawak
Ekonomi : RM 109
Perniagaan : RM 699

Pulau Pinang – Kuching
Ekonomi : RM 109
Perniagaan : RM 699

Kuala Lumpur ke Sabah
Ekonomi : RM 119
Perniagaan : RM 899

Pulau Pinang – Kota Kinabalu
Ekonomi : RM 169
Perniagaan : RM 899

Untuk pembelian tiket menerusi tawaran terkini ini, anda juga layak untuk mendapatkan diskaun tambahan 15% untuk setiap pembelian tambahan bagasi dan tempat duduk atau pembelian tambahan set value bundle.

Bagi pengumpul tegar mata ganjaran pula, pembelian tiket menerusi promosi ini juga membolehkan anda mendapatkan 10% mata ganjaran bonus Enrich.

Untuk menempah, anda boleh terus ke laman sesawang Malaysia Airlines di pautan berikut:

TEMPAH TIKET MALAYSIA AIRLINES SERENDAH RM 79 SEKARANG!

Alang-alang tiket dah murah ni, jumlah melawat muzium terbesar di Malaysia:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terlebih Beri Makan Mungkin Faktor Utama Kematian Ratusan Ikan Di Taman Sahabat Kuching
Next Article ‘Ketua Menteri’ Di Sarawak Sah Bertukar Gelaran Sebagai ‘Premier’ Berkuatkuasa Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?