• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda

Oleh
ILB - AI
21 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda

Mula beroperasi pada 31 Ogos, satu tarikan baru di Selalang

Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda. Kalau lelaki memiliki hobi ini adalah perkara biasa. Ada yang suka dengan aktiviti permotoran, ada yang minat dengan aktiviti sukan dan tidak kurang juga hobi lelaki terhadap aktiviti memancing. Tapi, hobi memancing ini bukan lelaki sahaja yang minat, perempuan pun ada.

Kali ini untuk orang disekitar Selalang atau kawasan berdekatan Sarikei yang meminati aktiviti memancing, maka bolehlah anda atur masa anda untuk pergi ke Rumah Rakit Selalang selepas ini. Mula beroperasi pada 31 Ogos 2022 dan ini menjadi satu lagi tarikan yang ada di Selalang.

Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda
Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda. Sumber gambar: FB Selalang fishing

Pakej disediakan pada tempoh awal pembukaan cukup berbaloi!

Bermula operasi hujung bulan ini, Rumah Rakit Selalang telah menyediakan pakej dan kemudahan yang terbaik untuk para pengunjung. Pada tempoh awal pembukaan, ianya akan beroperasi pada sebelah siang sahaja, dari pukul 7 pagi hingga pukul 6 petang. Tetapi akan tetap diusahakan untuk beroperasi sehingga ke malam.

Walaupun hanya beroperasi pada sebelah siang untuk tempoh ini, ianya dibuka setiap hari termasuk hujung minggu. Jadi, para pengunjung boleh menghabiskan masa hujung minggu beriadah disini. Untuk yuran kemasukan pula, para pengunjung akan dikenakan caj RM30 sekepala dengan pelbagai kemudahan disediakan dan memancing tanpa had. Berbaloi bukan?

Bukan itu sahaja, pelbagai teknik memancing boleh digunakan disini seperti memancing bottom, casting dan ketuk-ketuk dasar. Bahkan, ikan yang dipancing disini bukan ikan yang dipelihara di dalam sangkar. Oleh itu, tiada permasalahan daripada segi pemakanan ikan yang dipancing disini.

Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda
Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda. Sumber gambar: FB Selalang fishing

Kemudahan lain turut disediakan untuk keselesaan.

Dengan yuran RM30, jangan risau. Pengunjung boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurus. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan pernghantaran pergi dan balik secara percuma.

Untuk para pemancing yang ingin berehat seketika, tempat beristirehat juga disediakan. Walaupun kawasan Rumah Rakit ini adalah kawasan sungai, tandas untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung turut disediakan sekali dengan air paip. Jadi, tiada kerisauan jika ada yang memerlukan tandas dengan air bersih jika berlaku kecemasan.

Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda
Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda. Sumber gambar: FB Selalang fishing

Jadi, untuk sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan terutamanya untuk aktiviti 31 Ogos ini, boleh layari Facebook Selalang fishing atau menghubungi terus tekong Jai atau tekong Sukor.

Jadi, pada tunggu lagi untuk peminat atau kaki pancing diluar sana, sambil kita menyambut Hari Kemerdekaan hujung bulan ini, sambil menyelam minum air, kita memerdekakan diri kita dari urusan kerja dengan aktiviti memancing, okay?

Untuk tempat menarik lain yang boleh dilawati pada hari cuti terutamanya pada hari 31 Ogos ini nanti, boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui lebih lanjut:

https://www.iloveborneo.my/port-rekreasi-menarik-di-ulu-sarikei-jom-terokai-air-terjun-wong-ruan

https://www.iloveborneo.my/nama-diambil-sempena-sejarah-pahlawan-iban-dahulu-jom-ke-wong-pala-munsoh-di-sarikei
SUMBER :FB Selalang fishing
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Atlet Sarawak, Johan Ghazali Muncul Juara Muay Thai Remaja Peringkat Dunia
Next Article Acara Menarik Bulan September Ini, Irau Aco Lun Bawang Bakal Diadakan Di Dataran Bandar Lawas Acara Menarik Bulan September Ini, Irau Aco Lun Bawang Bakal Diadakan Di Dataran Bandar Lawas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?